Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Ahad, 29 Mac 2015

Sultan, Permaisuri Johor berangkat ke jamuan teh bersama rakyat

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat tiba ke Majlis Jamuan Teh dan Kurniaan Bungkusan di Padang Awam Gelang Patah di sini jam 3 petang tadi.

Keberangkatan tiba Tuanku dan Permaisuri Johor disambut meriah kira-kira 500 rakyat setempat yang sanggup beratur menunggu meskipun cuaca hujan.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Tun Aminah.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim dan barisan Exco Kerajaan Negeri.


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencemar duli melihat koleksi gambar baginda pada Majlis Pameran Mahkota Jauhar Junjungan Negeri Sempena Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim di Pusat Konvesyen Antarabangsa Johor (PERSADA) Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

 
-sumber, Berita Harian, 29 Mac 2015