Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Rabu, 6 September 2017

Sultan Johor berkenan tukar gelaran

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
 
JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor, hari ini mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menukar gelaran berdasarkan keistimewaan dan hak kuasa baginda mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Sultan Ibrahim berkenan menukar gelaran 'His Royal Highness' kepada 'His Majesty' mengikut Bahagian Kedua Fasal 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Selasa, 17 November 2015

Countdown To A Coronation - History Channel Asia (CH555 - Astro)


It’s 2015 and Sultan Ibrahim of Johor has been the Sultan of Johor for 5 years. In that time, he’s travelled the length and breadth of Johor. He’s met his subjects and heard their concerns. He’s won the hearts of his people. But what he hasn’t done is had his coronation. 

A coronation is not compulsory to formalise a sultan’s position. In fact, the last coronation in Johor occurred about half-a-century ago. But Sultan Ibrahim wants to give his people the celebration they deserve, so he’s ordered a royal coronation. 

This documentary will show the intricate preparations for the coronation, from the military parade to the preparation of food. It will also offer a glimpse into the personal life of the Sultan as he juggles being a king with being a father to his children.

Episode #1
The Sultan of Johor wants to provide a spectacle -- the first royal coronation in over half-a-century. Between his duties as father and ruler, can he give his people the celebration they deserve?
 
Upcoming Airings:
  • Sunday,22 Nov, 2015 - 22:00
  • Monday,23 Nov, 2015 - 03:00
  • Monday,23 Nov, 2015 - 06:00
  • Monday,23 Nov, 2015 - 11:00
  • Monday,23 Nov, 2015 - 15:00
  • Wednesday,25 Nov, 2015 - 23:00
  • Thursday,26 Nov, 2015 - 02:00
  • Saturday,28 Nov, 2015 - 14:00
  • Sunday,29 Nov, 2015 - 11:00
Episode #2
The Sultan of Johor wants to provide a spectacle -- the first royal coronation in over half-a-century. Between his duties as father and ruler, can he give his people the celebration they deserve?
 
Upcoming Airings:
  • Sunday,29 Nov, 2015 - 22:00
  • Monday,30 Nov, 2015 - 03:00
  • Monday,30 Nov, 2015 - 06:00
  • Monday,30 Nov, 2015 - 11:00
  • Monday,30 Nov, 2015 - 15:00

Jumaat, 24 April 2015

Gambar-gambar Sekitar Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja

JOHOR BAHARU, 21 April -- Askar Timbalan Setia Negeri Johor menurunkan bendera sebelum diserahkan kepada Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli pada Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar hari ini. Upacara ini menandakan berakhirnya perayaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sejak bulan lepas.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 21 April -- Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli (berbaju ungu, belakang) menyaksikan Askar Timbalan Setia Negeri Johor menurunkan bendera sebelum diserahkan kepada beliau pada Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar hari ini. Upacara ini menandakan berakhirnya perayaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sejak bulan lepas.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 21 April -- Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli (dua kiri depan) menyaksikan Askar Timbalan Setia Negeri Johor menurunkan bendera sebelum diserahkan kepada beliau pada Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar hari ini. Upacara ini menandakan berakhirnya perayaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sejak bulan lepas.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 21 April -- Askar Timbalan Setia Negeri Johor menyerahkan bendera yang telah diturunkan kepada Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli pada Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar hari ini. Upacara ini menandakan berakhirnya perayaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sejak bulan lepas.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Perayaan Kemahkotaan Sultan Johor Berakhir Dengan Istiadat Menurun Bendera Letak Kerja

JOHOR BAHARU, 21 April (Bernama) -- Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja dilakukan hari ini sebagai simbolik berakhirnya perayaan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sejak bulan lepas.

Istiadat disempurnakan di Tugu Peringatan Istana Besar, di sini, mulai 9 pagi dengan disaksikan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.

Upacara istiadat dimulakan dengan doa oleh Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sejurus Datuk Penghulu Istiadat Datuk Abdul Latiff Yusoff menyeru memulakan majlis.

Penurunan bendera dilakukan dengan diiringi lagu turun bendera oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan bendera kemudian diserahkan kepada Abdul Rahim.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Noh Gadut, exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan.

Bendera berkenaan dinaikkan sejak 16 Mac lepas menerusi Istiadat Meletak Kerja sebagai simbolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden diadakan pada 23 Mac lepas, di Istana Besar, di sini.

-- BERNAMA, 21 April 2015

Ahad, 19 April 2015

Sultan Johor, Permaisuri Berangkat Ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Muar

MUAR, 18 April (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menghadiri jamuan teh bersama rakyat di Dataran Tanjung Emas di sini.

Majlis yang bermula pada 3 petang itu diadakan bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac lepas.

Berangkat sama, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, anakanda baginda Tunku Tun Aminah; Tunku Temenggong Tunku Idris dan Tunku Putera Tunku Abu Bakar.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim.

Kira-kira 10,000 rakyat pelbagai kaum hadir ke majlis berkenaan, turut mengambil peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Sultan Johor.

Raja Zarith Sofiah pula berkenan menyampaikan sumbangan kepada lebih 150 penerima yang kurang berkemampuan.

Majlis itu juga turut diserikan dengan pelbagai persembahan tarian kebudayaan kaum dan nyanyian termasuk penyanyi Nash dan Caliph Buskers.

Orang ramai turut dihidangkan dengan pelbagai sajian tempatan seperti sate, martabak, kuih-muih, roti jala dan mi rebus.

Sebelum majlis itu, baginda berkenan merasmikan Karnival Johor Corporation (JCorp) yang diadakan sempena istiadat itu di dataran berkenaan.

Terdahulu pada sebelah pagi Baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Futsal Antara Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor di Gelanggang Futsal Muar di sini yang dimenangi Majlis Bandaraya Johor Baharu.

Selepas penyampaian hadiah itu, baginda berkenan melawat Karnival 'Road To HPPNK 2015' di Persiaran Maharani di sini.

-- BERNAMA, 18 April 2015

Selasa, 14 April 2015

Jalan Maharani Di Muar Ditutup Selama 13 Hari Bagi Karnival HPPNK

MUAR, 9 April (Bernama) -- Jalan Maharani di bandar ini akan ditutup selama 13 hari bermula esok untuk Karnival Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Peringkat Negeri sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor Peringkat Daerah Muar.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Ramlee A Rahman berkata, pihaknya telah memaklumkan mengenai penutupan itu melalui notis, hebahan melalui laman sosial Facebook MPM dan surat pekeliling yang sudah diserahkan kepada peniaga di sepanjang jalan itu.

"MPM juga memasang papan tanda notis pemberitahuan di jalan-jalan utama di bandar ini sejak 10 hari lalu supaya orang ramai boleh membuat perancangan perjalanan mereka.

Anggota penguatkuasaan MPM dibantu polis dan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengawal aliran trafik," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ramlee berkata sebanyak 100 buah gerai pelbagai jualan akan mengambil bahagian pada karnival itu nanti.

"Kenderaan peniaga bagaimanapun akan dibenarkan melalui jalan itu dengan menggunakan jalan pintas yang kita sediakan seperti Jalan Abdullah sebelum masuk ke Jalan Sisi, Jalan Sayang, Jalan Yahya, Jalan Sulaiman dan Jalan Haji Abu," katanya.

Beliau berkata pengguna yang datang ke pusat bandar dan mahu ke Ledang atau Pagoh diminta melalui jalan alternatif iaitu Jalan Abdullah, Jalan Arab dan Jalan Bakri sebelum menyeberangi Jambatan Sultan Ismail.

Katanya Jambatan Sultan Ismail pula akan ditutup sepenuhnya pada 18 April mulai pukul 3 petang sehingga 3 pagi dan penggguna boleh menggunakan jalan pintasan dan Jambatan Kedua Muar.

Katanya operasi Hentian Bas dan Teksi Maharani akan dipindahkan sementara ke Stadium Sultan Ibrahim manakala perkhidmatan teksi di tempat letak kereta di Dewan Jubli Intan.

Ramlee berharap orang ramai akan memberikan kerjasama sepanjang penutupan jalan berkenaan dan bersama-sama menjayakan karnival yang sambutan kemuncaknya pada 17 sehingga 19 April.

-- BERNAMA, 09 April 2015

Ahad, 5 April 2015

Sultan Johor, Permaisuri Johor Saksikan Pertunjukan Tatu Kemahkotaan

KLUANG, 4 April (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menyaksikan pertunjukan Tatu Kemahkotaan di Stadium Kluang, malam ini.
Pertunjukan oleh 1,500 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu diadakan bersempena Kemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac lepas.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim, barisan exco kerajaan negeri dan Pegawai Daerah Kluang Muhammad Fuad Radzuan, turut hadir.

Pertunjukan bermula 9 malam itu berkonsepkan gabungan persembahan pancaragam dan kepakaran ATM/PDRM.

Antara yang dipertonton kepada lebih 5,000 rakyat itu adalah persembahan 'drumline' oleh Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (Puzida), kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pancaragam gabungan ATM.

Turut dipertontonkan ialah persembahan kawad patung dan pancaragam PDRM, persembahan anjing pengesan (K9) PDRM dan anjing perang ATM, Wira Merah, kepakaran Grup Gerak Khas (GGK) serta gabungan aksi payung terjun dari Rejimen 21 (GGK) dan 69 Komando.

Persembahan berkenaan turut dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api, selain acara kebudayaan oleh Yayasan Warisan Johor dan nyanyian beberapa artis tempatan termasuk Fazli Zainal, Ayai dan Ameng Spring.

-- BERNAMA, 04 April 2015

Sultan Johor, Permaisuri Berangkat Ke Jamuan Teh Bersama Rakyat Kluang

KLUANG, 4 April (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat menghadiri jamuan teh bersama rakyat di Laman Tasik, di sini.
Majlis bermula 3 petang itu diadakan bersempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, 23 Mac lepas.

Berangkat sama ke majlis itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Khaleeda Bustamam serta para anakanda lain.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Ismail Karim dan Pegawai Daerah Kluang Mohamad Fuad Radzuan.

Kira-kira 10,000 rakyat pelbagai kaum yang hadir ke majlis itu turut mengambil peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Sultan Johor.

Raja Zarith Sofiah pula berkenan menyampaikan 20 bungkusan dan wang tunai kepada golongan memerlukan termasuk pelatih Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kluang.

Majlis kira-kira sejam dalam cuaca mendung itu diserikan pelbagai persembahan tarian kebudayaan kaum dan nyanyian termasuk penyanyi, Ameng Spring.

Orang ramai turut dihidangkan dengan pelbagai sajian tempatan seperti murtabak, kuih-muih, roti jala dan mee rebus.

-- BERNAMA, 4 April 2015

Rabu, 1 April 2015

Siaran 4 jam catat tontonan tertinggi

Oleh NORSHIKIN MOHD SALLEH

JOHOR BAHRU – Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Isnin lalu bukan sahaja ditonton rakyat di negara ini, malah di seluruh dunia.

Istiadat gilang gemilang tersebut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan juga boleh ditonton secara online streaming menerusi web http://kemahkotaan.johor.gov.my.

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Istiadat Kemahkotaan Md Jais Sarday berkata, siaran selama empat jam itu mendapat tontonan pelayar tertinggi.

“Istiadat baru-baru ini kita nilai hampir sempurna dan menjadi contoh bagi negeri lain, malah siaran langsung di online streaming juga merekodkan tontonan tertinggi, orang memang hendak tengok dari luar negara.
 

Kenali Keunikan Kesultanan Johor Menerusi Pameran

Oleh Lucia Terey Anak John

JOHOR BAHARU (Bernama) -- Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang berlangsung 23 Mac, bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai mempelajari istiadat diraja itu, malah membuka mata tentang keunikan sejarah dan khazanah yang dimiliki negeri ini.

Manakan tidak, kali terakhir ia diadakan ialah pada 10 Feb 1960, iaitu 55 tahun lepas. Justeru itu, ia diibaratkan sebagai platform kepada rakyat untuk bersatu dan berkumpul bagi meraikan upacara itu dengan penuh gilang gemilang.

Satu daripada suasana yang mungkin dapat menterjemahkan sifat gilang gemilang itu ialah ketika ribuan pengunjung, tidak kira dari dalam atau luar negara sanggup berbaris dan menunggu di tepi jalan semata-mata untuk melihat Tuanku tiba di Istana Besar pada hari berkenaan.

Perkara itu sudah cukup membuktikan bahawa rakyat juga tidak mahu terlepas menjadi sebahagian daripada peristiwa bersejarah itu.

Sehubungan itu, sebagai meneruskan lagi niat untuk rakyat mengetahui tentang kemahkotaan itu, Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor telah mengaturkan satu pameran mengenai kemahkotaan itu mulai 28 Mac hingga 25 April di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada Johor). 

Sultan Johor, Permaisuri Berangkat Ke Majlis Jamuan Negeri

JOHOR BAHARU, 31 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menghadiri majlis jamuan negeri bersempena Kemahkotaan Sultan Johor, di sini Selasa malam.

Majlis bermula 8.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor itu dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.

Berangkat sama ke majlis berkenaan, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, bonda Sultan Ibrahim Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, para anakanda dan kerabat diraja lain.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri Datin Seri Rosni Omar, barisan exco kerajaan Johor dan ketua-ketua jabatan.

Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa artis termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Haziq AF serta artis kebudayaan Yayasan Warisan Johor.

Sementara itu, Mohamed Khaled ketika berucap pada majlis itu, berkata kerajaan negeri beriltizam memastikan Johor membangun menjadi negeri terbaik sekali gus penjana ekonomi utama negara ini.

Beliau berkata sehubungan itu, jentera pentadbiran negeri akan terus berusaha menyusun strategi bagi memastikan hasrat berkenaan tercapai.

"Usaha ke arah itu sudah pun dimulakan seawal pembentangan Bajet Johor 2015 tahun lalu. Intipatinya mudah, setiap masyarakat juga punyai tanggungjawab yang perlu digalas di negeri ini," katanya.

 
JOHOR BAHARU, 31 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat pada Majlis Jamuan negeri sempena Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor malam ini.
Turut berangkat bonda Sultan Ibrahim Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah (belakang).
Turut kelihatan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA


JOHOR BAHARU, 31 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat pada Majlis Jamuan negeri sempena Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor malam ini.
Turut kelihatan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bonda Sultan Ibrahim Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah (dua, kanan).
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Selasa, 31 Mac 2015

Foto Istiadat Kurniaan Darjah & Pingat Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor

 
 JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim pada majlis penerima darjah dan pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada bonda Sultan Johor Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah pada majlis penerima darjah dan pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim pada majlis penerima darjah dan pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim pada majlis penerima darjah dan pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis penerima darjah dan pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA


 JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA


 JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II) kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Asiah Md. Ariff pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II) kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA


 JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II) kepada Pengerusi
Jawatankuasa Agama negeri Abd Mutalip Abd Rahim pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar di sini hari ini.
Turut kelihatan (dari kiri) Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Asiah Md. Ariff dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Md Jais Sarday.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA


 JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II) kepada Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA


JOHOR BAHARU, 30 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (P.S.I II) kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R Vidyananthan pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena kemahkotaan baginda di Istana Besar di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Tunku Ismail heads 83 award recipients

By BEN TAN

JOHOR BARU: The Tunku Mahkota of Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim heads the list of 83 award recipients at the investiture ceremony held in conjunction with the Sultan of Johor's coronation ceremony today.

State ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar gave out the awards in a ceremony held at the Istana Besar here. He was accompanied by his consort Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris.

Tunku Ismail was bestowed the Pangkat Pertama Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) award, which carries the title Datuk Sri Mulia.

The others bestowed with the SMIJ award include members of the Johor royal family, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Puteri Tunku Tun Aminah, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman and Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Sultan Ibrahim's mother Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah was also bestowed the SMIJ award.

Others that received the award were Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin and Johor Royal Council president Datuk Abdul Rahim Ramli.

Two other individuals were conferred the Pangkat Kedua Datuk Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) award, which carries the title Datuk Mulia. They are the Johor state secretary Datuk Ismail Karim and Johor state financial officer Marsan Kassim.

A total of 72 other individuals were also conferred various awards, including the Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) and also the Pingat Sultan Ibrahim Kedua (PSI II) in conjunction with Sultan Ibrahim's coronation.

The list includes senior Johor palace officers, senior state government administrators and also state executive council members.

Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar and his consort Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris at the investiture ceremony held at the Istana Besar. Pix by Zain Ahmed

Sultan Ibrahim's mother Enche' Besar Hajjah Khalsom Abdullah was also bestowed the Pangkat Pertama Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor award . Pix by Zain Ahmed

Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bestowed the Pangkat Pertama Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor award to Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim. Pix by Zain Ahmed