Pada pagi hari Rabu, 10 Februari 1960 bersamaan 13 Syaaban
1379, kira-kira 55 tahun yang lalu, Istiadat Kemahkotaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ismail dan
Yang Maha Mulia Sultanah Aminah Johor yang bersejarah diadakan di Istana Besar,
Johor Bahru.
Istiadat kemahkotaan pada hari tersebut adalah seperti berikut:
i) Bermula jam 8.00 pagi, dif-dif jemputan mengambil tempat yang telah ditetapkan. Kerabat dan orang kenamaan serta wakil negara asing di jemput ke Bilik Singgahsana. Dif yang lain mengambil tempat di balai khas yang didirikan di perkarangan Istana Besar.
ii) Pada waktu yang sama, wakil Yang di-Pertuan Agong, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu
atau wakilnya, Tuan-tuan Yang Terutama Yang
Dipertua Negeri atau wakilnya dan Kerabat Diraja, Menteri Besar dan Ketua
Menteri tiba dan
berkumpul
di Dewan Jubli Intan Jalan Ayer Molek. Pasukan kawalan kehormatan dari pasukan
Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) serta pancaragam Polis Diraja Malaysia
mengambil tempat di Tangga Agung Istana Besar.
iii) Bermula jam 8.15 pagi pula, YAM Tunku Temenggong Ahmad,
YAM Tunku Bendahara serta YAM Tunku Mahkota Johor berangkat menuju ke Istana
Besar dari Dewan Jubli Intan.
iv) Bermula jam 8.30-9.15 pagi, Tuan-tuan Yang Terutama Yang
Dipertua Negeri atau wakilnya, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu atau
wakil dan wakil Seri Paduka Yang Dipertuan Agong berangkat ke Istana Besar. Pegawai-pegawai &
Pasukan Penjawat Istana mengambil tempat di Bilik Singgahsana.
v) Sekitar jam 9.15 pagi, DYMM Sultan dan Sultanah berangkat dari Istana Bukit Serene dengan menaiki kereta Cadillac terbuka diiringi Dato' Bentara Kanan, Dato' Penghulu Istiadat, Setiausaha Sulit DYMM Sultan, tiga penjawat keris dan Penjawat Payung Diraja.
vi) Jam 9.30 pagi, DYMM Sultan dan Sultanah tiba di Istana
Besar disambut oleh DYAM Tunku Mahkota Johor, YAB Dato' Menteri Besar bersama
isteri masing-masing serta disambut dengan Hormat Diraja oleh kawalan kehormatan
dari ATSN dan pancaragam bermain Lagu Bangsa Johor.
vii) Selepas itu, DYMM Sultan & Sultanah berehat sebentar
di bilik khas dan kemudian memakai Kain Pelayang Diraja yang diperbuat dari kain
baldu biru tua yang dilapis sutera putih di bawahnya bertekat sulaman emas
bentuk daun gambir dan lada hitam serta monogram Sultan Ismail (SI) dalam
tulisan Jawi. Baginda berdua berangkat masuk ke
dalam Bilik Singgahsana dengan penghujung Kain Pelayang bagi Sultan dijinjit 2
orang putera raja, manakala Sultanah pula dua orang puteri raja.
viii) Istiadat kemahkotaan dimulakan :
1) Dato' Penghulu Biracana, Dato' Abdul Rahman Musa
mengumumkan titah perkenan memulakan istiadat kemahkotaan.
2) DYMM Sultan & Sultanah berangkat masuk ke Bilik
Singgahsana diiringi Dato' Penghulu Biracana, Dato' Penghulu Istiadat, Kerabat
Damping, Dato' Paduka, Datin-Datin serta Setiausaha Sulit DYMM Sultan.
3)Apabila DYMM Sultan dan Sultanah naik ke atas Singahsana,
Lagu Bangsa Johor dimainkan.
4)YAB Dato' Menteri Besar mengucapkan lafaz :
Ketahuilah sekelian yang hadir serta sekelian rakyat negeri Johor. Bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Johor, Raja yang dihormati lagi dikasihi yang adabersemayam di atas Singgahsana Takhta Kerajaan Johor pada hari dan saat yang berbahagia akan dimahkotakan di hadapan Kerabat-kerabat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan sekelian rakyat Johor iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku memakai Mahkota Sultan Yang Dipertuan Johor dan Seri PAduka Surinya Duli Yang Maha Mulia Sultanah Aminah memakai Mahkota Permaisuri Johor. Mudah-mudahan barang diberkati Allah SWT atas kedua-duanya. Amin.
Kemudian YAB Dato' Menteri Besar berseru Daulat Tuanku 3 kali
dan disambut sekelian yang hadir.
5) Kemudian YAB Dato' Menteri Besar mohon perkenan agar
memahkotakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail dan Duli Yang Maha Mulia
Sultanah Aminah.
7) YAB Dato' Menteri Besar berdatang sembah dan mohon
perkenan baginda membaca lafaz ikrar.
8) Duli Yang Maha Mulia Tuanku membaca lafaz ikrar:
Dengan nama Allah yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani, KITA berikrar dan berjanji dengan sesungguhnya bahawa dengan izin dan petunjuk Allah Yang Maha Berkuasa, Kita akan memerintah sekelian rakyat dan penduduk Negeri Johor dan segala daerah takluknya dengan mengikut undang-undang dan ata resam mereka yang tidak menyalahai undang-undang negeri ini serta menjalankannya dengan adil dan saksama. Dan lagi KITA berikrar dan berjanji dengan iman bahawa KITA akan mengawal dan memelihara agama negeri ini serta menjaga kehormatan dan kedaulatan Raja dan Kerajaan Johor.. Ya Tuhanku, peliharakan kami...Amin
9) YAB Dato' Menteri Besar mengadap dan berdatang sembah
sambil mempersembahkan Pedang Kerajaan yang merupakan hadiah yang dipersembahkan
kepada Almarhum Sultan Ibrahim pada 1935, sempena menandakan 40 tahun usia
pemerintahan Almarhum di atas takhta Kerajaan Johor.
10) Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyambut dan menerima pedang dan bertitah dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih danberharap agar sekelian rakyat taatkan Allah, rasul dan pemerintah serta bekerjasama dan muafakat dengan tulus ikhlas dan kepada Allah Kita berserah.
Majlis berehat sebentar bagi membolehkan baginda menukar
pedang dengan memakai Pedang Kerajaan yang dipersembahkan serta songkok
yang dipakai ditanggalkan dan disimpan.
Dato' Penghulu Istiadat mengadap memohon limpah perkenan
Tuanku memulakan istiadat Kemahkotaan.
11) Perangkatan membawa masuk kedua-dua Mahkota Kerajaan dan
Mahkota Permaisuri dan berhenti di hadapan Singgahsana. Mahkota Kerajaan dibawa
oleh Dato' Penghulu Istiadat, Dato' Abdul Kadir Dato' Hj Muhammad Said dan Dato
Bentara Kiri, Dato' Raja Haji Omar Chik membawa Mahkota Permaisuri.
13) Selesai khutbah, Dato Penghulu Istiadat tampil ke hadapan membawa Mahkota Kerajaan. Kadi Besar berselawat tatkala Yang Berhormat Dato'Syed Alwi Tahir Al-Hadad, Mufti Kerajaan Johor mengangkat Mahkota Kerajaan lalu meletakkan mahkota di atas kepala Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail dengan lafaz Bismillah al-rahman ar-rahim.
14) Dato Bentara Kiri tampil ke hadapan membawa Mahkota
Permaisuri. Kadi Besar berselawat tatkala Dato' Mufti Kerajaan Johor mengangkat
Mahkota Permaisuri lalu meletakkan mahkota di atas kepala Duli Yang Maha Mulia
Sultanah Aminah dengan lafaz Bismillah al-rahman ar-rahim.
15) Selesai Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Sultanah dimahkotakan, Kadi Besar berselawat dan Lagu Bangsa Johor dimainkan diikuti Bedilan Selamat 21 das dari Bukit Timbalan.
16) Selesai Lagu Bangsa Johor dimainkan, Timbalan Mufti
membaca doa kesyukuran.
17) Dato' Penghulu Istiadat menghadap mohon perkenan supaya
Majlis Mengadap Takzim dijalankan. DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Mahmood
Iskandar diikuti YAM Tunku Bendahara dan kemudiannya YAM Tunku Temenggong Ahmad
bagi pihak kerabat. Dato' Menteri Besar, Dato' Hj Hassan Yunus Mengadap takzim
bagi pihak rakyat dan kerajaan Johor.
18) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Sultanah berangkat
meninggalkan Bilik Singgahsana menuju ke Tangga Agung diiringi para kerabat.
19) Dato Bentara Kiri mempersilakan wakil Yang di-Pertuan Agong, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu atau wakilnya, Tuan-tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri atau wakilnya dan dif-dif kenamaan ke Bilik Persemayaman sebelum ke majlis santapan di Dewan Santapan.
20) Istiadat Kemahkotaan tamat
21) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Sultanah
berangkat menaiki kereta Cadillac terbuka untuk acara pearakan di bandar Johor
Bahru. Tuanku berdua melambai-lambai tangan kepada rakyat yang berdiri sepanjang
jalan sambil mengibarkan bendera kecil Johor dan berseru Daulat Tuanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan