Sejarah bakal tercipta Isnin ini apabila buat pertama kalinya, seorang
permaisuri akan dimahsyurkan ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor.
Gelaran itu belum pernah diguna pakai dalam sejarah kerajaan Johor sejak kewujudannya pada kurun ke-17.
Menggalas gelaran dan tanggungjawab itu,Raja Zarith Sofia berkongsi suara hati baginda bersama wartawan Izwan Azir Saleh di Istana Bukit Serene baru-baru ini.
- Buletin TV3 (20 Mac 2015)