Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Isnin, 16 Mac 2015

Detik Penting Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Bakal Diabadikan Dalam Buku Edisi Mewah

JOHOR BAHARU, 16 Mac (Bernama) -- Detik-detik penting Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal diabadikan dalam buku edisi mewah sebagai kenangan orang ramai terutamanya rakyat negeri Johor.

Pengarah Yayasan Warisan Johor Mohamad Radif Kosnin berkata buku terbitan khas itu bakal mengandungi penulisan, gambar dan peristiwa sepanjang Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim.

"Buku setebal 200 muka surat itu, dijangka siap sepenuhnya enam bulan selepas selesai keseluruhan istiadat tersebut," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mohamad Radif berkata menerusi buku berkenaan, orang ramai akan mendapat maklumat berkaitan sejarah Kesultanan Johor, pengasasan dan kelangsungannya, peralatan dan istiadat Diraja Johor serta tatacara Istiadat Siram Tabal.

Buku tersebut akan turut mengandungi dokumentasi berkaitan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta perayaan-perayaan yang diadakan di setiap daerah di negeri ini bersempena Istiadat Kemahkotaan itu.

Segala persiapan berkaitan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden itu kini rancak dijalankan sekitar bandaraya Johor Baharu.

Peristiwa bersejarah itu bakal diadakan pada Isnin depan.

Istiadat Kemahkotaan telahpun bermula dengan Istiadat Meletak Kerja yang disempurnakan hari ini, disusuli dengan beberapa istiadat lain termasuk majlis tahlil dan doa kesyukuran serta istiadat Siram Tabal.

-- BERNAMA, 16 Mac 2015


Askar Timbalan Setia Negeri Johor berarak membawa Bendera Istiadat pada Istiadat Meletak Kerja untuk menaikkan bendera itu di Tugu Peringatan Istana Besar, hari ini.
Upacara ini merupakan sembolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan berlangsung pada 23 Mac ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Askar Timbalan Setia Negeri Johor menaikkan bendera Istiadat pada upacara Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, hari ini--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 Askar Timbalan Setia Negeri Johor menaikkan bendera Istiadat pada upacara Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, hari ini--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Askar Timbalan Setia Negeri Johor menaikkan bendera Istiadat pada upacara Istiadat Meletak Kerja sambil disaksikan oleh tetamu kehormat di Tugu Peringatan Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

(Video) Selamat Pagi Malaysia (RTM) - LINTAS LANGSUNG MAJLIS ISTIADAT MELETAK KERJA KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR - 16 MAC 2015

Selamat Pagi Malaysia (RTM)  - LINTAS LANGSUNG MAJLIS ISTIADAT MELETAK KERJA KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR [16 MAC 2015]

Gambar Sempena Istiadat Meletak Kerja - 16 Mac 2015

 Bendera Istiadat bakal dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor

 Bendera Istiadat bakal dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor

 Bendera Istiadat bakal dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor

  Bendera Istiadat bakal dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor

 Kelihatan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato' Haji Abdul Rahim Ramli serta dif jemputan yang lain dalam Istiadat Meletak Kerja

 Kelihatan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato' Haji Abdul Rahim Ramli serta dif jemputan yang lain dalam Istiadat Meletak Kerja

 Bendera Istiadat sedang dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Bendera Istiadat telah dinaikkan menandakan bermula secara rasmi Istiadat Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor bermula



UPACARA menaikan bendera Diraja Johor, sempena Istiadat Letak Kerja sempena Kemhkotaan Sultan Johor di Istana Besar Johor Bahru yang disaksikan oleh Setiausaha Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli di Istana Besar Johor Bahru. - Foto Yazit Razali

JOHOR BAHRU: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan pada hari ini.

Majlis itu disempurnakan dengan istiadat menaikkan Bendera Diraja Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sebelum disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Abdul Latif Yusuf ketika membacakan perisytiharan berkata, bendera Diraja Johor akan dikibarkan sepanjang Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima dan diturunkan semula pada 21 April depan.

Sebanyak tujuh das tembakan meriam dilepaskan sejurus bendera berkenaan dinaikkan.

Yang turut hadir dalam upacara itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan negeri.

Penutupan Jalan Sempena Raptai Istiadat Kemahkotaan

Senarai penutupan jalan sempena raptai Istiadat Kemahkotaan pada 16/03/2015 sehingga 19/03/2015 :

LALUAN  YANG DITUTUP BERMULA JAM 07.00 PAGI KE PUSAT BANDAR.
  •     JLN SKUDAI / PANTAI LIDO.
  •     JLN TUN RAZAK/PANTAI LIDO.
  •     JLN SG DANGA / PANTAI LIDO .
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN AIR MOLEK/ GERTAK MERAH.
  •     PERSINPANGAN LAMPU ISYARAT SG. CHAT/ LINGKARAN DALAM/ JALAN ABU BAKAR.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT TROPICANA DANGA BAY/ JALAN PANTAI LIDO.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT HOTEL MSUITE / JALAN PANTAI

LALUAN  YANG DITUTUP BERMULA JAM 10.00 PAGI KE PUSAT BANDAR.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN GEREJA / JALAN NGEE HENG.
  •     JALAN TUN RAZAK PUSAT BANDAR.
  •     JALAN TEBRAU JALAN TUN RAZAK.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN TG. PUTRI / JALAN JIM QUEE.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT TUN SRI LANANG / JALAN AIR MOLEK ( LOT 1).

LALUAN YANG BOLEH DI GUNAKAN UNTUK PUSAT BANDAR / TAMBAK JOHOR.
  •     JALAN TUN ABD RAZAK / JB CENTRAL.
  •     JALAN TUN ABD RAZAK / JALAN LINGKARAN DALAM KE BSI ( TAMBAK JOHOR).
  •     JALAN TUN ABD RAZAK / JALAN TEBRAU KE KOTA TINGGI.
  •     JALAN UNTUK KE HSA – JALAN TUN RAZAK- JALAN DATIN HALIMAH- JALAN  KOLAM AIR- JALAN SG. CHAT – JALAN MAHMODIAH.

NASIHAT PDRM KEPADA ORANG AWAM/ PENGGUNA – PENGGUNA JALAN RAYA.
  • DI NASIHATKAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA SUPAYA TIDAK MELALUI JALAN – JALAN YANG DI NYATAKAN PADA TARIKH DAN MASA YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN.
  •  PASTIKAN KENDERAAN TIDAK MENGHALANG LALU LINTAS.
  • MEMATUHI ARAHAN SEMASA DARI PIHAK POLIS.
  • DIINGATKAN ORANG AWAM SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN SEBARANG KEKECOHAN SEMASA PERARAKAN.
  •     LAPOR SEGERA KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG   KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI.

NOTA:

SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI MAJLIS ISTIADAT DAN LALUAN ALTENATIF SILA   BERHUBUNG  PUSAT KAWALAN JOHOR DI NO TALIAN 07 – 2212999 / BILIK GERAKAN DAERAH JOHOR BAHRU (S) 07 – 2218999.

PENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT KEMAHKOTAAN  PADA 23/03/2015

LALUAN  YANG DITUTUP BERMULA JAM 06.00 PAGI KE PUSAT BANDAR.
  •     JLN SKUDAI / PANTAI LIDO .
  •     JLN TUN RAZAK/PANTAI LIDO .
  •     JLN SG DANGA / PANTAI LIDO .
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN AIR MOLEK/ GERTAK MERAH.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT SG. CHAT/ LINGKARAN DALAM/ JALAN ABU BAKAR.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT TROPICANA DANGA BAY/ JALAN PANTAI LIDO.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT HOTEL MSUITE / JALAN PANTAI LIDO.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN GEREJA / JALAN NGEE HENG.
  •     JALAN TUN RAZAK PUSAT BANDAR.
  •     JALAN TEBRAU JALAN TUN RAZAK.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN TG. PUTRI / JALAN JIM QUEE.
  •     PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT  TUN SRI LANANG / JALAN AIR MOLEK ( LOT 1).

LALUAN YANG BOLEH DI GUNAKAN UNTUK PUSAT BANDAR / TAMBAK JOHOR/HSA.
  •   JALAN TUN ABD RAZAK / JALAN LINGKARAN DALAM KE BSI ( TAMBAK JOHOR).
  •   JALAN TUN ABD RAZAK / JALAN TEBRAU KE KOTA TINGGI.
  •   JALAN UNTUK KE HSA – JALAN TUN RAZAK- JALAN DATIN  HALIMAH- JALAN  KOLAM AIR- JALAN SG. CHAT – JALAN MAHMODIAH.

- sumber Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor

- sumber peta gambar Polis Diraja Malaysia - Kontinjen Johor

Ahad, 15 Mac 2015

Polis Johor Siap Sedia Aspek Keselamatan, Lalu Lintas Istiadat Kemahkotaan

JOHOR BAHARU, 15 Mac (Bernama) -- Polis Kontinjen Johor sudah bersiap sedia dengan aspek keselamatan dan lalu lintas di bandar raya ini bagi memastikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, pada 23 Mac ini berjalan lancar.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata persiapan sudah dilakukan sewajarnya sejak dua tahun lepas menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan bersempena istiadat berkenaan.

"Kami sudah merangka strategi bagi memastikan keselamatan dan lalu lintas berjalan lancar dalam beberapa mesyuarat jawatankuasa yang diadakan termasuk yang terakhir pada hari ini," katanya kepada pemberita pada taklimat Ops Kemahkotaan Johor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata pihaknya menugaskan anggota yang secukupnya untuk istiadat kemahkotaan itu termasuk mendapatkan bantuan keanggotaan daripada kontinjen negeri lain.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya mengharapkan orang ramai memberi kerjasama dan mematuhi arahan lalu lintas sepanjang raptai istiadat yang akan bermula esok hingga 19 Mac dan pada hari istiadat, 23 Mac.

"Beberapa laluan di bandar raya ini akan ditutup mulai pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari mulai esok hingga 19 Mac bagi melakukan raptai manakala pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari, pada hari istiadat.

"Polis memerlukan toleransi orang ramai ketika raptai diadakan dan pada hari istiadat tersebut terutamanya ketika perarakan diraja dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene, berlangsung," katanya.

Menurut Mohd Mokhtar orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan IPK Johor di talian 07-2212999 bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan.

-- BERNAMA, 15 Mac 2015

Sabtu, 14 Mac 2015

Gambar Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor - Berita Harian


SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan melihat raptai istiadat kemahkotaan baginda yang akan diadakan pada 23 Mac di Istana Besar, Johor Bahru. - Foto Khairull Azry Bidin

SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan melihat raptai istiadat kemahkotaan baginda yang akan diadakan pada 23 Mac di Bilik Singgahsana, Istana Besar, Johor Bahru. - Foto Khairull Azry Bidin

SULTAN Ibrahim Iskandar merakam gambar ketika meninjau raptai sempena istiadat kemahkotaan baginda sebagai Sultan Johor kelima pada 23 Mac ini di Bilik Singgahsana, Istana Besar, Johor Bahru. - Foto NSTP

SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli meninjau persiapan Pusat Media di Dewan Jubli Intan sempena istiadat kemahkotaan baginda sebagai Sultan Johor. - Foto Zain Ahmed

DATUK Jack MK Lee melakukan sentuhan terakhir untuk pakaian rasmi sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. - Foto Salhani Ibrahim

SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan mencuba pakaian rasmi sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Foto NSTP

KERJA-kerja membersih dan mengecat Gerbang Mahkota di laluan masuk utama ke Istana Bukit Serene sempena sambutan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KERJA pemasangan bendera dan banting di sepanjang Jalan Skudai sempena sambutan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

- sumber Berita Harian

Swasta Disaran Beri Pelepasan Cuti Sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor

JOHOR BAHARU, 13 Mac (Bernama) -- Sektor swasta di negeri ini disaran memberi pelepasan cuti umum kepada pekerja masing-masing sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, 23 Mac ini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata cuti berkenaan dapat memberi peluang kepada rakyat untuk bersama-sama meraikan istiadat berkenaan selain menunjukkan taat setia terhadap Sultan Johor.

"Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada tahun 1960. Oleh itu, pelepasan cuti umum membolehkan rakyat menyaksikan istiadat dan pelbagai acara perayaan kemahkotaan pada hari berkenaan," katanya dalam taklimat Istiadat Kemahkotaan berkenaan, di sini, Jumaat.

Kerajaan negeri Johor sebelum ini mengumumkan 23 Mac ini sebagai hari kelepasan am negeri ini bagi memberi peluang kepada rakyat meraikan istiadat itu yang akan berlangsung di Istana Besar, di sini.

Selain istiadat, perarakan diraja sejauh tujuh kilometer dan pelbagai persembahan kebudayaan turut diatur pada hari berkenaan yang dijangkakan disaksikan lebih 40,000 rakyat Johor.

Sehubungan itu, Abdul Rahim berharap majikan sektor swasta mengikuti langkah kerajaan negeri dengan memberi pelepasan cuti dan tidak terlalu mementingkan keuntungan perniagaan semata-mata.

Sementara itu, beliau berkata Che' Puan Khaleeda Bustamam akan menggunakan gelaran Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Bustamam, mulai 15 Mac ini.

Che' Puan Khaleeda Bustamam mendirikan rumahtangga dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 24 Okt lepas.

Terdahulu pada taklimat berkenaan, Abdul Rahim menerangkan kepada petugas media tempatan berhubung pelbagai perkara termasuk sejarah Kesultanan Sultan Johor, aturcara istiadat dan acara-acara perayaan kemahkotaan.

-- BERNAMA, 13 Mac 2015

Khamis, 12 Mac 2015

(Video) - Raptai Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor


Raptai Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor - Buletin Utama TV3

(Video) - Sentuhan Datuk Jack penyeri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor


BH Video - Sentuhan Datuk Jack penyeri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor

Surat Edaran Cuti Umum 23 Mac 2015


‘Coronation to revive traditions’

The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, checking on preparations for his coronation ceremony at Istana Besar in Johor Baru. The ceremony will be held on March 23. Pix by KHAIRULL AZRY BIDIN.

KUALA LUMPUR: The upcoming coronation of Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar is expected to revive royal traditions, which will remind Malaysians of the sovereign rule of Malay rulers, said head of the Johor Council of the Royal Court Datuk Abdul Rahim Ramli.

“We’ve waited 55 years for this auspicious ceremony to take place.

Rabu, 11 Mac 2015

(Video) - Persiapan Pusat Media Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor (RTM)


Nasional 5 RTM - 11 Mac 2013

PERSIAPAN PUSAT MEDIA ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR [11 Mac 2015]

Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor 90 Peratus Siap

KERJA-KERJA membersih dan mengecat Gerbang Mahkota di laluan masuk utama ke Istana Bukit Serene sempena sambutan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang akan berlangsung pada 23 March ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

JOHOR BAHARU, 11 Mac (Bernama) -- Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sudah melebihi tahap 90 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Istiadat Kemahkotaan Md Jais Sarday berkata persiapan tersebut merangkumi urus setia, publisiti serta penyediaan pusat media kepada petugas tempatan dan antarabangsa.

"Hanya berbaki 12 hari lagi untuk rakyat Johor menyaksikan Istiadat Kemahkotaan itu dan kami (jawatankuasa) sudah membuat pelbagai persiapan.

"Pusat media yang disediakan di Dewan Jubli Intan, di sini, mampu memuatkan 100 petugas membabitkan 20 media cetak tempatan, tujuh media elektronik dan 10 media asing termasuk National Geographic," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media berkenaan, di sini, hari ini.

Md Jais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Johor berkata pusat media itu dikendalikan Jabatan Penerangan Johor dan beberapa agensi berkaitan mulai 16 Mac ini.

Menurut Md Jais, terdapat sekurang-kurangnya sembilan istiadat akan diadakan untuk kemahkotaan itu bermula 16 Mac iaitu Istiadat Meletak Kerja, Tahlil dan Doa Kesyukuran, Majlis Siram Tabal serta disusuli Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, di sini, pada 23 Mac.

Beliau berkata selesai Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar itu, Sultan Johor dijangka berkenan menyertai perarakan kenderaan dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene sejauh 8.5 kilometer.

"Dijangkakan 40,000 rakyat Johor daripada pelbagai kaum akan menyaksikan perarakan tersebut yang konsepnya menyerupai perarakan kenderaan semasa Kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960," katanya.

Md Jais berkata pelbagai acara lain turut diadakan antaranya pameran yang dikendalikan Arkib Negara Cawangan Johor di Pusat Konvensyen Persada, di sini, dan daerah-daerah lain yang memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat Kesultananan Johor.

"Pada 23 hingga 28 Mac turut diadakan persembahan kebudayaan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Baharu mulai 8 malam. Sultan Johor dijangka berkenan menyaksikan acara kemuncak persembahan kebudayaan yang bertemakan 'Payung Mahkota, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' pada 28 Mac," katanya.

-- BERNAMA, 11 Mac 2015

(Video) - Selamat Pagi Malaysia (RTM) - Kemahkotaan DYMM Sultan Johor


Temubual Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato' Abdul Rahim Ramli dalam Selamat Pagi Malaysia di TV1 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 9 Mac 2015 tentang Kemahkotaan DYMM Sultan Johor