Keluarga DYMM Sultan Johor & DYMM Permaisuri Johor
Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015
Selasa, 17 Mac 2015
Black Eyed Peas Buat Persembahan Sempena Kemahkotaan Sultan Johor
JOHOR BAHARU, 16 Mac (Bernama) -- Kumpulan hip hop terkenal Amerika, Black Eyed Peas, dan artis pop wanita Korea, T-Ara, akan mengadakan persembahan pada festival muzik percuma di Danga Bay di sini bersempena istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Acara itu itu juga akan menampilkan beberapa artis terkenal lain seperti Rossa dari Indonesia, Sistar (Korea), "Fuying & Sam" (Taiwan) dan penghibur tempatan yang diminati ramai seperti Sheila Majid, Jaclyn Victor, Penny Tai, Shila Amzah dan Nicole juga akan mengihburkan penonton pada konsert percuma itu yang bermula 26 Mac.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong dalam kenyataan di sini berkata festival muzik selama empat hari itu dianjurkan Jabatan Pelancongan Johor dengan kerjasama Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd.
Ini adalah julung kalinya Black Eyed Peas, antara kumpulan hip hop paling laris di dunia, dengan 76 juta albumnya terjual setakat ini, mengadakan persembahan di Johor.
Acara lain yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan upacara bersejarah itu ialah Perlumbaan Bot Laju F3000, acara berbasikal Cycleton Around Johor, sukan pantai, Perarakan Perahu Berhias dan pertunjukan bunga api.
Perlumbaan Bot Laju F3000 akan disertai tujuh negara termasuk Brazil, New Zealand, Papua New Guinea, Thailand and Singapura.
Acara Cycleton Around Johor, yang juga pertama kali diadakan, akan disertai 20 pasukan.
Satu lagi acara menarik ialah pameran dan perarakan perahu berhias di sekitar Teluk Danga, melibatkan 23 perahu, termasuk sebuah dari setiap daerah di negeri ini serta daripada perbadanan awam dan swasta.
Festival ini diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dijadual berkenan menyampaikan Piala Kemahkotaan kepada pemenang semua acara pada 29 Mac.
-- BERNAMA, 16 Mac 2015

Perkhidmatan bas secara percuma untuk ke Istiadat Kemahkotaan
Kerajaan Negeri Johor akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma kepada orang ramai di daerah Johor Bahru untuk ke Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor pada 23 Mac 2015 bermula jam 7.00 pagi di lokasi-lokasi berikut :-
- Taman Desa Mutiara – Taman Setia Tropika – Dataran Bandaraya (Bas Handal Indah)
- Terminal Johor Jaya – The Store Pandan – Pasar Borong Pandan – Shell Kg Dato Sulaiman Menteri – Wisma Maria (Bas Maju)
- Stadium Larkin – Wisma Maria (Bas Maju)
- Terminal Larkin –Taman Bukit Saujana – Wisma Maria (Bas Maju)
- Terminal Bas Taman Universiti – Taman Sri Putri – Stesyen Minyak Petron / Taman Tun Aminah – Giant Tampoi – IRDA (Bas Handal Indah)
- Taman Selesa Jaya – Giant Nusa Bestari – Taman Perling – IRDA (Bas Handal Indah)
- Plaza Angsana – Bandar Baru Uda / Skudai Kiri – IRDA (Bas Handal Indah)
- GP Sentral (Gelang Patah) – Taman Nusa Perintis –Perumahan Rakyat Iskandar – Lima Kedai – Taman Mutiara Rini – IRDA (Bas Handal Indah)
- Terminal Pasir Gudang - Dewan Taman Cendana, Pasir Gudang – Terminal Masai – Plentong – Wisma Maria (Bas Maju)
- Stadium Pasir Gudang – Perumahan Rakyat Iskandar – Flat Stulang / The Zone – Wisma Maria
Semua bas yang disediakan percuma mempunyai logo Kemahkotaan DYMM Sultan Johor.
- sumber Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor
Isnin, 16 Mac 2015
Detik Penting Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Bakal Diabadikan Dalam Buku Edisi Mewah
JOHOR BAHARU, 16 Mac (Bernama) -- Detik-detik penting Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal diabadikan dalam buku edisi mewah sebagai kenangan orang ramai terutamanya rakyat negeri Johor.
Pengarah Yayasan Warisan Johor Mohamad Radif Kosnin berkata buku terbitan khas itu bakal mengandungi penulisan, gambar dan peristiwa sepanjang Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim.
"Buku setebal 200 muka surat itu, dijangka siap sepenuhnya enam bulan selepas selesai keseluruhan istiadat tersebut," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Mohamad Radif berkata menerusi buku berkenaan, orang ramai akan mendapat maklumat berkaitan sejarah Kesultanan Johor, pengasasan dan kelangsungannya, peralatan dan istiadat Diraja Johor serta tatacara Istiadat Siram Tabal.
Buku tersebut akan turut mengandungi dokumentasi berkaitan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta perayaan-perayaan yang diadakan di setiap daerah di negeri ini bersempena Istiadat Kemahkotaan itu.
Segala persiapan berkaitan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden itu kini rancak dijalankan sekitar bandaraya Johor Baharu.
Peristiwa bersejarah itu bakal diadakan pada Isnin depan.
Istiadat Kemahkotaan telahpun bermula dengan Istiadat Meletak Kerja yang disempurnakan hari ini, disusuli dengan beberapa istiadat lain termasuk majlis tahlil dan doa kesyukuran serta istiadat Siram Tabal.

Askar Timbalan Setia Negeri Johor berarak membawa Bendera Istiadat pada Istiadat Meletak Kerja untuk menaikkan bendera itu di Tugu Peringatan Istana Besar, hari ini.
Upacara ini merupakan sembolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan berlangsung pada 23 Mac ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Upacara ini merupakan sembolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan berlangsung pada 23 Mac ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Askar Timbalan Setia Negeri Johor menaikkan bendera Istiadat pada upacara Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, hari ini--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Askar Timbalan Setia Negeri Johor menaikkan bendera Istiadat pada
upacara Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, hari
ini--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Askar Timbalan Setia Negeri Johor
menaikkan bendera Istiadat pada upacara Istiadat Meletak Kerja sambil
disaksikan oleh tetamu kehormat di Tugu Peringatan Istana Besar, hari
ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
(Video) Selamat Pagi Malaysia (RTM) - LINTAS LANGSUNG MAJLIS ISTIADAT MELETAK KERJA KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR - 16 MAC 2015
Selamat Pagi Malaysia (RTM) - LINTAS LANGSUNG MAJLIS ISTIADAT MELETAK KERJA KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR [16 MAC 2015]
Gambar Sempena Istiadat Meletak Kerja - 16 Mac 2015
Bendera Istiadat bakal dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Kelihatan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato' Haji Abdul Rahim Ramli serta dif jemputan yang lain dalam Istiadat Meletak Kerja
Kelihatan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato' Haji Abdul
Rahim Ramli serta dif jemputan yang lain dalam Istiadat Meletak Kerja
Bendera Istiadat sedang dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor
Bendera Istiadat telah dinaikkan menandakan bermula secara rasmi Istiadat Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor
- sumber Facebook JohorFM (RTM Johor)
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor bermula
UPACARA menaikan bendera Diraja Johor, sempena Istiadat Letak Kerja
sempena Kemhkotaan Sultan Johor di Istana Besar Johor Bahru yang
disaksikan oleh Setiausaha Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk
Abdul Rahim Ramli di Istana Besar Johor Bahru. - Foto Yazit Razali
JOHOR BAHRU: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan pada hari ini.
Majlis itu disempurnakan dengan istiadat menaikkan Bendera Diraja Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, kira-kira jam 9.15 pagi tadi.
Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sebelum disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Abdul Latif Yusuf ketika membacakan perisytiharan berkata, bendera Diraja Johor akan dikibarkan sepanjang Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima dan diturunkan semula pada 21 April depan.
Sebanyak tujuh das tembakan meriam dilepaskan sejurus bendera berkenaan dinaikkan.
Yang turut hadir dalam upacara itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan negeri.
- sumber Berita Harian, 16 Mac 2015
Penutupan Jalan Sempena Raptai Istiadat Kemahkotaan
Senarai penutupan jalan sempena raptai Istiadat Kemahkotaan pada 16/03/2015 sehingga 19/03/2015 :
LALUAN YANG DITUTUP BERMULA JAM 07.00 PAGI KE PUSAT BANDAR.
LALUAN YANG DITUTUP BERMULA JAM 07.00 PAGI KE PUSAT BANDAR.
- JLN SKUDAI / PANTAI LIDO.
- JLN TUN RAZAK/PANTAI LIDO.
- JLN SG DANGA / PANTAI LIDO .
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN AIR MOLEK/ GERTAK MERAH.
- PERSINPANGAN LAMPU ISYARAT SG. CHAT/ LINGKARAN DALAM/ JALAN ABU BAKAR.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT TROPICANA DANGA BAY/ JALAN PANTAI LIDO.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT HOTEL MSUITE / JALAN PANTAI
LALUAN YANG DITUTUP BERMULA JAM 10.00 PAGI KE PUSAT BANDAR.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN GEREJA / JALAN NGEE HENG.
- JALAN TUN RAZAK PUSAT BANDAR.
- JALAN TEBRAU JALAN TUN RAZAK.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN TG. PUTRI / JALAN JIM QUEE.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT TUN SRI LANANG / JALAN AIR MOLEK ( LOT 1).
LALUAN YANG BOLEH DI GUNAKAN UNTUK PUSAT BANDAR / TAMBAK JOHOR.
- JALAN TUN ABD RAZAK / JB CENTRAL.
- JALAN TUN ABD RAZAK / JALAN LINGKARAN DALAM KE BSI ( TAMBAK JOHOR).
- JALAN TUN ABD RAZAK / JALAN TEBRAU KE KOTA TINGGI.
- JALAN UNTUK KE HSA – JALAN TUN RAZAK- JALAN DATIN HALIMAH- JALAN KOLAM AIR- JALAN SG. CHAT – JALAN MAHMODIAH.
NASIHAT PDRM KEPADA ORANG AWAM/ PENGGUNA – PENGGUNA JALAN RAYA.
- DI NASIHATKAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA SUPAYA TIDAK MELALUI JALAN – JALAN YANG DI NYATAKAN PADA TARIKH DAN MASA YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN.
- PASTIKAN KENDERAAN TIDAK MENGHALANG LALU LINTAS.
- MEMATUHI ARAHAN SEMASA DARI PIHAK POLIS.
- DIINGATKAN ORANG AWAM SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN SEBARANG KEKECOHAN SEMASA PERARAKAN.
- LAPOR SEGERA KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA BERLAKU SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI.
NOTA:
SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI MAJLIS ISTIADAT DAN LALUAN ALTENATIF SILA BERHUBUNG PUSAT KAWALAN JOHOR DI NO TALIAN 07 – 2212999 / BILIK GERAKAN DAERAH JOHOR BAHRU (S) 07 – 2218999.
PENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT KEMAHKOTAAN PADA 23/03/2015
LALUAN YANG DITUTUP BERMULA JAM 06.00 PAGI KE PUSAT BANDAR.
- JLN SKUDAI / PANTAI LIDO .
- JLN TUN RAZAK/PANTAI LIDO .
- JLN SG DANGA / PANTAI LIDO .
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN AIR MOLEK/ GERTAK MERAH.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT SG. CHAT/ LINGKARAN DALAM/ JALAN ABU BAKAR.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT TROPICANA DANGA BAY/ JALAN PANTAI LIDO.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT HOTEL MSUITE / JALAN PANTAI LIDO.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN GEREJA / JALAN NGEE HENG.
- JALAN TUN RAZAK PUSAT BANDAR.
- JALAN TEBRAU JALAN TUN RAZAK.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT JALAN TG. PUTRI / JALAN JIM QUEE.
- PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT TUN SRI LANANG / JALAN AIR MOLEK ( LOT 1).
LALUAN YANG BOLEH DI GUNAKAN UNTUK PUSAT BANDAR / TAMBAK JOHOR/HSA.
- JALAN TUN ABD RAZAK / JALAN LINGKARAN DALAM KE BSI ( TAMBAK JOHOR).
- JALAN TUN ABD RAZAK / JALAN TEBRAU KE KOTA TINGGI.
- JALAN UNTUK KE HSA – JALAN TUN RAZAK- JALAN DATIN HALIMAH- JALAN KOLAM AIR- JALAN SG. CHAT – JALAN MAHMODIAH.
- sumber Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor
- sumber peta gambar Polis Diraja Malaysia - Kontinjen Johor
Ahad, 15 Mac 2015
Polis Johor Siap Sedia Aspek Keselamatan, Lalu Lintas Istiadat Kemahkotaan
JOHOR BAHARU, 15 Mac (Bernama) -- Polis Kontinjen Johor sudah bersiap sedia dengan aspek keselamatan dan lalu lintas di bandar raya ini bagi memastikan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, pada 23 Mac ini berjalan lancar.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata persiapan sudah dilakukan sewajarnya sejak dua tahun lepas menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan bersempena istiadat berkenaan.
"Kami sudah merangka strategi bagi memastikan keselamatan dan lalu lintas berjalan lancar dalam beberapa mesyuarat jawatankuasa yang diadakan termasuk yang terakhir pada hari ini," katanya kepada pemberita pada taklimat Ops Kemahkotaan Johor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.
Mohd Mokhtar berkata pihaknya menugaskan anggota yang secukupnya untuk istiadat kemahkotaan itu termasuk mendapatkan bantuan keanggotaan daripada kontinjen negeri lain.
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya mengharapkan orang ramai memberi kerjasama dan mematuhi arahan lalu lintas sepanjang raptai istiadat yang akan bermula esok hingga 19 Mac dan pada hari istiadat, 23 Mac.
"Beberapa laluan di bandar raya ini akan ditutup mulai pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari mulai esok hingga 19 Mac bagi melakukan raptai manakala pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari, pada hari istiadat.
"Polis memerlukan toleransi orang ramai ketika raptai diadakan dan pada hari istiadat tersebut terutamanya ketika perarakan diraja dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene, berlangsung," katanya.
Menurut Mohd Mokhtar orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan IPK Johor di talian 07-2212999 bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan.
-- BERNAMA, 15 Mac 2015

Sabtu, 14 Mac 2015
Gambar Persiapan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor - Berita Harian
SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan melihat raptai istiadat kemahkotaan
baginda yang akan diadakan pada 23 Mac di Istana Besar, Johor Bahru. -
Foto Khairull Azry Bidin
SULTAN Ibrahim Iskandar merakam gambar ketika meninjau raptai sempena
istiadat kemahkotaan baginda sebagai Sultan Johor kelima pada 23 Mac ini
di Bilik Singgahsana, Istana Besar, Johor Bahru. - Foto NSTP
SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli meninjau persiapan Pusat
Media di Dewan Jubli Intan sempena istiadat kemahkotaan baginda sebagai
Sultan Johor. - Foto Zain Ahmed
DATUK Jack MK Lee melakukan sentuhan terakhir untuk pakaian rasmi
sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. -
Foto Salhani Ibrahim
SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan mencuba pakaian rasmi sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Foto NSTP
KERJA-kerja membersih dan mengecat Gerbang Mahkota di laluan masuk utama
ke Istana Bukit Serene sempena sambutan Istiadat Kemahkotaan Sultan
Johor. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
KERJA pemasangan bendera dan banting di sepanjang Jalan Skudai sempena
sambutan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. - Foto Hairul Anuar Abd
Rahim
- sumber Berita Harian
Swasta Disaran Beri Pelepasan Cuti Sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor
JOHOR BAHARU, 13 Mac (Bernama) -- Sektor swasta di negeri ini disaran memberi pelepasan cuti umum kepada pekerja masing-masing sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, 23 Mac ini.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata cuti berkenaan dapat memberi peluang kepada rakyat untuk bersama-sama meraikan istiadat berkenaan selain menunjukkan taat setia terhadap Sultan Johor.
"Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada tahun 1960. Oleh itu, pelepasan cuti umum membolehkan rakyat menyaksikan istiadat dan pelbagai acara perayaan kemahkotaan pada hari berkenaan," katanya dalam taklimat Istiadat Kemahkotaan berkenaan, di sini, Jumaat.
Kerajaan negeri Johor sebelum ini mengumumkan 23 Mac ini sebagai hari kelepasan am negeri ini bagi memberi peluang kepada rakyat meraikan istiadat itu yang akan berlangsung di Istana Besar, di sini.
Selain istiadat, perarakan diraja sejauh tujuh kilometer dan pelbagai persembahan kebudayaan turut diatur pada hari berkenaan yang dijangkakan disaksikan lebih 40,000 rakyat Johor.
Sehubungan itu, Abdul Rahim berharap majikan sektor swasta mengikuti langkah kerajaan negeri dengan memberi pelepasan cuti dan tidak terlalu mementingkan keuntungan perniagaan semata-mata.
Sementara itu, beliau berkata Che' Puan Khaleeda Bustamam akan menggunakan gelaran Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Bustamam, mulai 15 Mac ini.
Che' Puan Khaleeda Bustamam mendirikan rumahtangga dengan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 24 Okt lepas.
Terdahulu pada taklimat berkenaan, Abdul Rahim menerangkan kepada petugas media tempatan berhubung pelbagai perkara termasuk sejarah Kesultanan Sultan Johor, aturcara istiadat dan acara-acara perayaan kemahkotaan.
-- BERNAMA, 13 Mac 2015

Khamis, 12 Mac 2015
(Video) - Raptai Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor
Raptai Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor - Buletin Utama TV3
(Video) - Sentuhan Datuk Jack penyeri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor
BH Video - Sentuhan Datuk Jack penyeri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor
‘Coronation to revive traditions’
The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, checking on preparations for his coronation ceremony at Istana Besar in Johor Baru. The ceremony will be held on March 23. Pix by KHAIRULL AZRY BIDIN.
KUALA LUMPUR: The upcoming coronation of Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar is expected to revive royal traditions, which will remind Malaysians of the sovereign rule of Malay rulers, said head of the Johor Council of the Royal Court Datuk Abdul Rahim Ramli.
“We’ve waited 55 years for this auspicious ceremony to take place.
“We’ve waited 55 years for this auspicious ceremony to take place.
Langgan:
Catatan (Atom)