SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tuanku Raja Zarith
Sofiah sambil diringi anak lelaki baginda, Tunku Panglima Johor Tunku
Abdul Rahman ketika keluar dari Istana Besar pada raptai penuh upacara
istiadat Kemahkotaan Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru. - Foto
Aizuddin Saad
Johor Bahru: Kerajaan negeri menggazetkan 23 Mac sebagai cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Johor mulai tahun ini menggantikan hari keputeraan sebelum ini iaitu 22 November.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata, kerajaan negeri juga dalam proses pembatalan cuti umum pada 22 November dan hari keputeraan berkenaan akan ditiadakan.
Menurutnya, isu tambahan cuti sepatutnya tidak ditimbulkan oleh mana-mana pihak.
Katanya, semua pihak termasuk syarikat swasta seharusnya maklum berkaitan perkara berkenaan.
"Kalau kita amati Rukun Negara ada disebutkan kesetiaan kepada raja dan negara. Oleh itu cuti diumumkan sempena hari keputeraan ini adalah cuti wajib," katanya.