Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor, hari ini mengumumkan Sultan
Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menukar
gelaran berdasarkan keistimewaan dan hak kuasa baginda mengikut
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Yang Dipertua
Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Sultan
Ibrahim berkenan menukar gelaran 'His Royal Highness' kepada 'His
Majesty' mengikut Bahagian Kedua Fasal 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Katanya, Sultan Ibrahim juga berkenan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dibahasakan 'Her Majesty'.
"Gelaran
dalam bahasa Malaysia 'Duli Yang Maha Mulia' bagi Sultan dan Permaisuri
Johor, dikekalkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mulai
dari tarikh 5 September, gelaran rasmi Sultan Johor dan Permaisuri
Johor adalah seperti berikut :
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim atau
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor atau
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Johor atau
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor atau
Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor atau
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan