Keluarga DYMM Sultan Johor & DYMM Permaisuri Johor
Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015
Memaparkan catatan dengan label Istiadat Siram Tabal. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mac 2015
Foto Istiadat Siram Tabal Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim - Foto Bernama
JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
berkenan menghadiri Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang,
Istana Besar hari ini.
Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
bersemayam di atas Panca Persada selepas upacara Istiadat Siram Tabal
di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

berkenan menerima siraman air yang diambil dari 10 sungai di 10 daerah
negeri ini oleh Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar (tengah) pada Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
bersemayam di atas Panca Persada selepas upacara Istiadat Siram Tabal
di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
Turut kelihatan Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar (kiri belakang).
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Turut kelihatan Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar (kiri belakang).
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
meninggalkan Panca Persada tempat bersiram selepas Istiadat Siram Tabal

Istiadat Siram Tabal disempurnakan oleh Tunku Kamariah dengan menyiram air yang diambil dari 10 sungai di 10 daerah di negeri ini.

JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Hajah Khalsom (kanan), diiringi oleh Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar (dua kanan) dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri),selepas Istiadat Siram Tabal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isterinya, Datin Seri Rosni Omar hadir pada Istiadat Siram Tabal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
-sumber Foto Bernama
The Royal Bathing ceremony
By Halim Said - 21 March 2015
JOHOR BARU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar and his consort Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah attended the Siram Tabal (royal bath) ceremony held at Istana Besar at 3pm today.
The ceremony is a symbolic event carried out before the coronation ceremony to be held at Bukit Bintang compound at Istana Besar on Monday.
Basically, the ceremony is held to ward off bad luck and misfortunes from the Sultan and his family and ensure everything will be smooth during his reign.
The royal couple both sat on a blue dais placed on top of a seven-step staircase called Panca Persada.
The water used for the royal bath is taken from ten rivers in Johor to symbolise the ten districts in the state.

Sultan of Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar and his consort Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah at the Royal Bathing ceremny. Pix by Yazit Razali
Sultan Ibrahim's eldest sister Tunku Kamariah performed the royal bath ceremony.
Also present to witness the ceremony were the Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris, his wife Che Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Puteri Tun Aminah, Tunku Temenggong Johor Tengku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman and Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
Sultan of Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar and his consort Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah arriving at Istana Besar Johor Baru for the Royal Bathing ceremony. Pix by Khairull Azry Bidin
Sultan of Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar and his consort Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah at the Royal Bathing ceremny. Pix by Yazit Razali
- sumber, NST , 20 March 2015
Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah Jalani Istiadat Siram Tabal Sempena Kemahkotaan
JOHOR BAHARU, 21 Mac (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini menjalani Istiadat Siram Tabal di perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar, di sini.
Baginda berdua berangkat ke istiadat itu pada 3.30 petang sebelum naik ke Panca Persada tempat bersiram diadakan.
Sultan Ibrahim yang memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih dan Raja Zarith Sofiah yang memakai baju kurung teluk belanga berwarna yang sama, bersemayam di peterana di Panca Persada setinggi sembilan tingkat.
Istiadat dimulakan dengan doa oleh Mufti Johor Datuk Tahrir Samsudin dan kemudiannya disusuli istiadat menepung tawar ke atas Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah oleh bonda Sultan Ibrahim, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah.
Enche' Besar Hajah Khalsom diiringi kekanda dan adinda Sultan Ibrahim, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.
Selesai Istiadat Tepung Tawar, Istiadat Siram Tabal terhadap Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudian disempurnakan Tunku Kamariah dengan menyiram air yang diambil dari 10 sungai di 10 daerah di negeri ini menggunakan batil (gayung).
Ketika istiadat berlangsung, kelihatan 19 wanita yang memegang ceper (dulang) dan batil, sembilan wanita pemegang kain tabir dan empat kerabat diraja terdekat yang membantu menjalankan istiadat itu.
Istiadat itu selesai dengan bacaan doa oleh Tahrir.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudian berangkat meninggalkan majlis istiadat pada kira-kira 4.00 petang.
Turut berangkat menyaksikan istiadat itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam, para anakanda dan kerabat diraja lain.
Turut hadir, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri Datin Seri Rosni Omar, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.
Istiadat Siram Tabal atau biasanya disebut istiadat raja bersiram dijalankan mengikut tradisi dan menjadi simbolik pembersihan diri serta jiwa sebelum Sultan memulakan tugas.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden akan berlangsung Isnin ini di Istana Besar, di sini.
-- BERNAMA, 21 Mac 2015

Khamis, 19 Mac 2015
Istiadat tradisi Siram Tabal
Kuala Lumpur: Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan Sultan Ibrahim Iskandar dijadualkan berlangsung mengikut adat tradisi Melayu di Pekarangan Bukit Bintang, Istana Besar, Johor Bahru, Sabtu ini.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat siram tabal atau mandi itu adalah acara simbolik untuk membersihkan diri dan jiwa Tuanku sebelum baginda memulakan tugas.
“Saya pasti rakyat sendiri tertanya-tanya mengapa kita adakan istiadat bersiram dan ditonton kaum kerabat.
“Sebenarnya, istiadat ini hanyalah simbolik untuk membersihkan diri dan jiwa seseorang supaya dapat menolak bala serta menentukan keselamatan pada masa akan datang.
“Kalau dilihat dari sudut agama, Islam menggalakkan kita mandi sebelum menjalankan tugas. Begitu juga adat Melayu,” katanya.
Jelas beliau, Istiadat Siram Tabal atau ringkasnya disebut istiadat raja bersiram itu nanti akan dijalankan mengikut tradisi lama.

Langgan:
Catatan (Atom)