Keluarga DYMM Sultan Johor & DYMM Permaisuri Johor
Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015
Memaparkan catatan dengan label Istiadat Meletak Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Istiadat Meletak Kerja. Papar semua catatan
Selasa, 17 Mac 2015
Isnin, 16 Mac 2015
Detik Penting Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Bakal Diabadikan Dalam Buku Edisi Mewah
JOHOR BAHARU, 16 Mac (Bernama) -- Detik-detik penting Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal diabadikan dalam buku edisi mewah sebagai kenangan orang ramai terutamanya rakyat negeri Johor.
Pengarah Yayasan Warisan Johor Mohamad Radif Kosnin berkata buku terbitan khas itu bakal mengandungi penulisan, gambar dan peristiwa sepanjang Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim.
"Buku setebal 200 muka surat itu, dijangka siap sepenuhnya enam bulan selepas selesai keseluruhan istiadat tersebut," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Mohamad Radif berkata menerusi buku berkenaan, orang ramai akan mendapat maklumat berkaitan sejarah Kesultanan Johor, pengasasan dan kelangsungannya, peralatan dan istiadat Diraja Johor serta tatacara Istiadat Siram Tabal.
Buku tersebut akan turut mengandungi dokumentasi berkaitan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta perayaan-perayaan yang diadakan di setiap daerah di negeri ini bersempena Istiadat Kemahkotaan itu.
Segala persiapan berkaitan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden itu kini rancak dijalankan sekitar bandaraya Johor Baharu.
Peristiwa bersejarah itu bakal diadakan pada Isnin depan.
Istiadat Kemahkotaan telahpun bermula dengan Istiadat Meletak Kerja yang disempurnakan hari ini, disusuli dengan beberapa istiadat lain termasuk majlis tahlil dan doa kesyukuran serta istiadat Siram Tabal.
-- BERNAMA, 16 Mac 2015

Askar Timbalan Setia Negeri Johor berarak membawa Bendera Istiadat pada Istiadat Meletak Kerja untuk menaikkan bendera itu di Tugu Peringatan Istana Besar, hari ini.
Upacara ini merupakan sembolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan berlangsung pada 23 Mac ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Upacara ini merupakan sembolik bermulanya Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan berlangsung pada 23 Mac ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Askar Timbalan Setia Negeri Johor menaikkan bendera Istiadat pada upacara Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, hari ini--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Askar Timbalan Setia Negeri Johor menaikkan bendera Istiadat pada
upacara Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, hari
ini--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Askar Timbalan Setia Negeri Johor
menaikkan bendera Istiadat pada upacara Istiadat Meletak Kerja sambil
disaksikan oleh tetamu kehormat di Tugu Peringatan Istana Besar, hari
ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
(Video) Selamat Pagi Malaysia (RTM) - LINTAS LANGSUNG MAJLIS ISTIADAT MELETAK KERJA KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR - 16 MAC 2015
Selamat Pagi Malaysia (RTM) - LINTAS LANGSUNG MAJLIS ISTIADAT MELETAK KERJA KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR [16 MAC 2015]
Gambar Sempena Istiadat Meletak Kerja - 16 Mac 2015
Bendera Istiadat bakal dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Kelihatan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato' Haji Abdul Rahim Ramli serta dif jemputan yang lain dalam Istiadat Meletak Kerja
Kelihatan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Dato' Haji Abdul
Rahim Ramli serta dif jemputan yang lain dalam Istiadat Meletak Kerja
Bendera Istiadat sedang dinaikkan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor
Bendera Istiadat telah dinaikkan menandakan bermula secara rasmi Istiadat Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor
- sumber Facebook JohorFM (RTM Johor)
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor bermula
UPACARA menaikan bendera Diraja Johor, sempena Istiadat Letak Kerja
sempena Kemhkotaan Sultan Johor di Istana Besar Johor Bahru yang
disaksikan oleh Setiausaha Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk
Abdul Rahim Ramli di Istana Besar Johor Bahru. - Foto Yazit Razali
JOHOR BAHRU: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan pada hari ini.
Majlis itu disempurnakan dengan istiadat menaikkan Bendera Diraja Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, kira-kira jam 9.15 pagi tadi.
Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sebelum disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Abdul Latif Yusuf ketika membacakan perisytiharan berkata, bendera Diraja Johor akan dikibarkan sepanjang Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima dan diturunkan semula pada 21 April depan.
Sebanyak tujuh das tembakan meriam dilepaskan sejurus bendera berkenaan dinaikkan.
Yang turut hadir dalam upacara itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan negeri.
- sumber Berita Harian, 16 Mac 2015
Langgan:
Catatan (Atom)