Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Memaparkan catatan dengan label Majlis Tahlil Dan Doa Kesyukuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Tahlil Dan Doa Kesyukuran. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mac 2015

Foto Majlis Tahlil Dan Doa Kesyukuran Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor - Foto Bernama

 JOHOR BAHARU, 20 Mac - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sutan Ibrahim (dua kanan) turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mahamed Khaled Nordin (tiga kanan) hadir pada majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Kemahkotaan di Masjid Sultan Abu Bakar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 20 Mac - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sutan Ibrahim (dua kiri) bersama Tunku Abu Bakar (kiri) membaca Yassin ketika hadir pada majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Kemahkotaan di Masjid Sultan Abu Bakar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 20 Mac - Antara jemaah yang hadir pada majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Kemahkotaan di Masjid Sultan Abu Bakar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 20 Mac - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sutan Ibrahim (tiga,kiri) mengaminkan doa bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mahamed Khaled Nordin (empat,kiri) hadir pada majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena Kemahkotaan di Masjid Sultan Abu Bakar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 20 Mac -- Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sutan Ibrahim (kiri) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis Tahalil dan Doa Selamat sempena Kemahkotaan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Jumaat, 20 Mac 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor: Tunku Ismail hadir majlis bacaan Yasin, tahlil




JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Sultan Abu Bakar di sini, malam ini sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut berangkat ke majlis itu ialah isteri Tunku Mahkota Johor, Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Bustamam, adinda baginda Tunku Aminah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.



Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim, Mufti Johor Datuk Mohd. Tahrir Samsudin dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadot.



Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 1,000 orang dan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan Yasin, tahlil, doa selamat sebelum diteruskan dengan solat Isyak berjemaah.

Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor moden kelima akan berlangsung di Istana Besar di sini, Isnin ini. 

- sumber berita, BERNAMA, 20 Mac 2015
-sumber foto, Facebook Buletin TV3