Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Memaparkan catatan dengan label Permaisuri Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permaisuri Johor. Papar semua catatan

Rabu, 6 September 2017

Sultan Johor berkenan tukar gelaran

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
 
JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor, hari ini mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menukar gelaran berdasarkan keistimewaan dan hak kuasa baginda mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Sultan Ibrahim berkenan menukar gelaran 'His Royal Highness' kepada 'His Majesty' mengikut Bahagian Kedua Fasal 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Selasa, 17 November 2015

Countdown To A Coronation - History Channel Asia (CH555 - Astro)


It’s 2015 and Sultan Ibrahim of Johor has been the Sultan of Johor for 5 years. In that time, he’s travelled the length and breadth of Johor. He’s met his subjects and heard their concerns. He’s won the hearts of his people. But what he hasn’t done is had his coronation. 

A coronation is not compulsory to formalise a sultan’s position. In fact, the last coronation in Johor occurred about half-a-century ago. But Sultan Ibrahim wants to give his people the celebration they deserve, so he’s ordered a royal coronation. 

This documentary will show the intricate preparations for the coronation, from the military parade to the preparation of food. It will also offer a glimpse into the personal life of the Sultan as he juggles being a king with being a father to his children.

Episode #1
The Sultan of Johor wants to provide a spectacle -- the first royal coronation in over half-a-century. Between his duties as father and ruler, can he give his people the celebration they deserve?
 
Upcoming Airings:
  • Sunday,22 Nov, 2015 - 22:00
  • Monday,23 Nov, 2015 - 03:00
  • Monday,23 Nov, 2015 - 06:00
  • Monday,23 Nov, 2015 - 11:00
  • Monday,23 Nov, 2015 - 15:00
  • Wednesday,25 Nov, 2015 - 23:00
  • Thursday,26 Nov, 2015 - 02:00
  • Saturday,28 Nov, 2015 - 14:00
  • Sunday,29 Nov, 2015 - 11:00
Episode #2
The Sultan of Johor wants to provide a spectacle -- the first royal coronation in over half-a-century. Between his duties as father and ruler, can he give his people the celebration they deserve?
 
Upcoming Airings:
  • Sunday,29 Nov, 2015 - 22:00
  • Monday,30 Nov, 2015 - 03:00
  • Monday,30 Nov, 2015 - 06:00
  • Monday,30 Nov, 2015 - 11:00
  • Monday,30 Nov, 2015 - 15:00

Isnin, 23 Mac 2015

(Video) - Rangkuman Berita Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim - 23 Mac 2015

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pagi ini.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.


Kira-kira 40 ribu rakyat teruja menyaksikan perarakan diraja yang menyamai perarakan berkenderaan semasa istiadat kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960. Orang ramai mula membanjiri di hadapan pintu masuk Istana Besar seawal 7 pagi untuk menyaksikan upacara bersejarah itu.


Sempena istiadat Kemahkotaan baginda, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan kepada 10 banduan yang menjalani hukuman mati atas pelbagai kesalahan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata... baginda juga berkenan memberi pengampunan dan pembebasan seorang banduan yang merupakan pesalah juvenil pada 2004 ketika disabitkan kesalahan membunuh selepas menghadap baginda di Istana Bukit Serene, Khamis lalu.

Keunikan Tradisi Kesultanan Johor Ditonjol Pada Istiadat Kemahkotaan

Oleh Nor Baizura Basri

JOHOR BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Keunikan tradisi Kesultanan Johor yang ditonjolkan pada istiadat kemahkotaan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini, diharapkan dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan.

Ia dianggap eksklusif kerana dihadiri dif kehormat terpilih termasuk Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Orang ramai, jauh dekat, dari dalam dan luar negeri turut hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu, bukan sahaja untuk negeri Johor, malah penting bagi mendidik generasi muda amnya mengenai institusi diraja itu.

Istiadat Kemahkotaan yang bermula pada pukul 10 pagi tadi, penuh dengan adat istiadat turun temurun Kesultanan Johor, mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum Sultan Ibrahim sah dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima.

Raja Zarith Sofiah turut dimahkotakan dengan gelaran Permaisuri Johor, gelaran pertama kali digunakan di negeri ini.

Turut menarik perhatian ialah penggunaan beberapa peralatan istiadat kerajaan negeri Johor seperti pedang kerajaan, keris-keris istiadat, keris darjah kerabat, cogan agama, cogan alam, payung istiadat dan cokmar, sebagai unsur yang memberi nilai legitimasi dan kedaulatan kepada raja sebagai pemerintah.

Selesai istiadat kemahkotaan, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah kemudiannya menyertai perarakan diraja, sekali gus memberi peluang kepada rakyat jelata untuk menikmati detik bersejarah itu.

Pelbagai memori diabadikan sepanjang perjalanan 8.5 kilometer dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene, baik pasangan diraja mahupun rakyat jelata yang sama-sama turun ke bandar raya seawal 4 pagi, semata-mata untuk melihat lebih dekat Sultan Johor yang dikasihi.

Ada di antara orang ramai yang hadir boleh dikatakan bertuah kerana ini merupakan kali kedua mereka merasai sendiri suasana istiadat kemahkotaan yang diadakan kali terakhir 55 tahun lepas.

Zaman mungkin berubah tapi tradisi Kesultanan Johor masih dikekalkan dan dihidupkan kembali pada istiadat ini.

Ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri ketika ditemui selepas istiadat kemahkotaan yang berkata 'ia merupakan satu istiadat yang sarat dengan nilai-nilai sejarah'.

Beliau berkata dengan mengadakan istiadat seperti ini, ia memberi peluang kepada generasi muda mengetahui nilai-nilai sejarah berkaitan dengan Kesultanan Johor.

"Bagi kita semua terutama sekali generasi baharu, mereka mendapat peluang untuk melihat (sendiri) adat resam dan sejarah Kesultanan Johor yang mana sudah tentu menjadi kebanggaan rakyat khususnya rakyat negeri Johor," kata Najib.

Diharapkan dengan adanya usaha untuk merekod dan menerbit istiadat bersejarah ini dalam bentuk dokumentari dan buku, ia dapat memastikan istiadat ini 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

Istiadat kemahkotaan hari ini disusuli dengan jamuan diraja di Dewan Santap Istana Besar malam ini yang diadakan secara tertutup.

-- BERNAMA, 23 Mac 2015

Raja Zarith Sofiah Bergelar Permaisuri Johor

JOHOR BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali diperkenalkan di negeri ini.

Gelaran itu diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang turut dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima dalam sejarah Johor Moden dalam istiadat gilang gemilang di Istana Besar.

Diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah Perak, Raja Zarith Sofiah merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin Almarhum Raja Ariff Shah.

 
Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Permaisuri kepada Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah


Raja Zarith Sofiah melanjutkan pengajian di Cheltenham Ladies College, England sehingga tamat Tingkatan Enam sebelum meneruskan pengajian di Davies College, London pada tahun 1977.

Pada tahun berikutnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford dan memperoleh Ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1983.

Raja Zarith Sofiah merupakan ahli bahasa yang memilih pengajian bahasa Mandarin semasa di Oxford dan turut mempelajari bahasa lain termasuk Perancis dan Itali.

Baginda turut mewarisi bakat seni lukis daripada ayahanda baginda.

Baginda mendirikan rumah tangga dengan Sultan Ibrahim pada usia 23 tahun dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.

Antara penglibatan baginda dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menjadi Penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor dan Penasihat Diraja Bulan Sabit Merah Malaysia.

Baginda turut menubuhkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bagi mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran terutama pembelajaran secara Islam.

Baginda juga aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan tulisan dan buku cerita kanak-kanak dan pernah menjadi penulis di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Sesungguhnya Permasuri Johor ini merupakan seorang yang peramah, berjiwa rakyat serta amat disenangi dan disanjungi rakyat.

-- BERNAMA
, 23 Mac 2015