Countdown To Coronation : Sultan Of Johor - History Channel 555 (Episode 1)
Keluarga DYMM Sultan Johor & DYMM Permaisuri Johor
Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015
Memaparkan catatan dengan label Istiadat Kemahkotaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Istiadat Kemahkotaan. Papar semua catatan
Khamis, 26 November 2015
Selasa, 17 November 2015
Countdown To A Coronation - History Channel Asia (CH555 - Astro)
It’s 2015 and Sultan Ibrahim of Johor has
been the Sultan of Johor for 5 years. In that time, he’s travelled the
length and breadth of Johor. He’s met his subjects and heard their
concerns. He’s won the hearts of his people. But what he hasn’t done is
had his coronation.
A coronation is not compulsory to formalise a sultan’s position. In
fact, the last coronation in Johor occurred about half-a-century ago.
But Sultan Ibrahim wants to give his people the celebration they
deserve, so he’s ordered a royal coronation.
This documentary will show the intricate preparations for the
coronation, from the military parade to the preparation of food. It will
also offer a glimpse into the personal life of the Sultan as he juggles
being a king with being a father to his children.
Episode #1
The
Sultan of Johor wants to provide a spectacle -- the first royal
coronation in over half-a-century. Between his duties as father and
ruler, can he give his people the celebration they deserve?
Upcoming Airings:
- Sunday,22 Nov, 2015 - 22:00
- Monday,23 Nov, 2015 - 03:00
- Monday,23 Nov, 2015 - 06:00
- Monday,23 Nov, 2015 - 11:00
- Monday,23 Nov, 2015 - 15:00
- Wednesday,25 Nov, 2015 - 23:00
- Thursday,26 Nov, 2015 - 02:00
- Saturday,28 Nov, 2015 - 14:00
- Sunday,29 Nov, 2015 - 11:00
Episode #2
The
Sultan of Johor wants to provide a spectacle -- the first royal
coronation in over half-a-century. Between his duties as father and
ruler, can he give his people the celebration they deserve?
Upcoming Airings:
- Sunday,29 Nov, 2015 - 22:00
- Monday,30 Nov, 2015 - 03:00
- Monday,30 Nov, 2015 - 06:00
- Monday,30 Nov, 2015 - 11:00
- Monday,30 Nov, 2015 - 15:00
Isnin, 23 Mac 2015
(Video) - Rangkuman Berita Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim - 23 Mac 2015
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini
dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada
satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pagi ini.
Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.
Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.
Kira-kira 40 ribu rakyat teruja menyaksikan perarakan diraja yang
menyamai perarakan berkenderaan semasa istiadat kemahkotaan Almarhum
Sultan Ismail pada 1960. Orang ramai mula membanjiri di hadapan pintu masuk Istana Besar seawal 7 pagi untuk menyaksikan upacara bersejarah itu.
Sempena istiadat Kemahkotaan baginda, Sultan Ibrahim berkenan memberi
pengampunan kepada 10 banduan yang menjalani hukuman mati atas pelbagai
kesalahan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata... baginda juga berkenan memberi pengampunan dan pembebasan seorang banduan yang merupakan pesalah juvenil pada 2004 ketika disabitkan kesalahan membunuh selepas menghadap baginda di Istana Bukit Serene, Khamis lalu.

Keunikan Tradisi Kesultanan Johor Ditonjol Pada Istiadat Kemahkotaan
Oleh Nor Baizura Basri
JOHOR BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Keunikan tradisi Kesultanan Johor yang ditonjolkan pada istiadat kemahkotaan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini, diharapkan dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan.
Ia dianggap eksklusif kerana dihadiri dif kehormat terpilih termasuk Raja-Raja Melayu serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Orang ramai, jauh dekat, dari dalam dan luar negeri turut hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu, bukan sahaja untuk negeri Johor, malah penting bagi mendidik generasi muda amnya mengenai institusi diraja itu.
Istiadat Kemahkotaan yang bermula pada pukul 10 pagi tadi, penuh dengan adat istiadat turun temurun Kesultanan Johor, mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum Sultan Ibrahim sah dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima.
Raja Zarith Sofiah turut dimahkotakan dengan gelaran Permaisuri Johor, gelaran pertama kali digunakan di negeri ini.
Turut menarik perhatian ialah penggunaan beberapa peralatan istiadat kerajaan negeri Johor seperti pedang kerajaan, keris-keris istiadat, keris darjah kerabat, cogan agama, cogan alam, payung istiadat dan cokmar, sebagai unsur yang memberi nilai legitimasi dan kedaulatan kepada raja sebagai pemerintah.
Selesai istiadat kemahkotaan, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah kemudiannya menyertai perarakan diraja, sekali gus memberi peluang kepada rakyat jelata untuk menikmati detik bersejarah itu.
Pelbagai memori diabadikan sepanjang perjalanan 8.5 kilometer dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene, baik pasangan diraja mahupun rakyat jelata yang sama-sama turun ke bandar raya seawal 4 pagi, semata-mata untuk melihat lebih dekat Sultan Johor yang dikasihi.
Ada di antara orang ramai yang hadir boleh dikatakan bertuah kerana ini merupakan kali kedua mereka merasai sendiri suasana istiadat kemahkotaan yang diadakan kali terakhir 55 tahun lepas.
Zaman mungkin berubah tapi tradisi Kesultanan Johor masih dikekalkan dan dihidupkan kembali pada istiadat ini.
Ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri ketika ditemui selepas istiadat kemahkotaan yang berkata 'ia merupakan satu istiadat yang sarat dengan nilai-nilai sejarah'.
Beliau berkata dengan mengadakan istiadat seperti ini, ia memberi peluang kepada generasi muda mengetahui nilai-nilai sejarah berkaitan dengan Kesultanan Johor.
"Bagi kita semua terutama sekali generasi baharu, mereka mendapat peluang untuk melihat (sendiri) adat resam dan sejarah Kesultanan Johor yang mana sudah tentu menjadi kebanggaan rakyat khususnya rakyat negeri Johor," kata Najib.
Diharapkan dengan adanya usaha untuk merekod dan menerbit istiadat bersejarah ini dalam bentuk dokumentari dan buku, ia dapat memastikan istiadat ini 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.
Istiadat kemahkotaan hari ini disusuli dengan jamuan diraja di Dewan Santap Istana Besar malam ini yang diadakan secara tertutup.
-- BERNAMA, 23 Mac 2015

Foto Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 23 Mac 2015 - Foto Bernama
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Empat daripada enam anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, (dari kiri) Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris dan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, ketika menghadiri Majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- PUTERA DIRAJA... Tunku Aris Bendahara Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar (kiri) bersama lima putera Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, iaitu (dari dua,kiri) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, ketika Majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) tiba di Istana Besar untuk menghadiri
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Sultan Abu Bakar dan Sultanah Kalsom Abdullah berangkat tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Brunei Sultan
Hasanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
berangkat tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Istana Besar untuk Istiadat Kemahkotaan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden di Istana Besar, pagi ini.
Raja Zarith Sofiah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor setibanya baginda pada Istiadat Kemahkotaan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden di Istana Besar, pagi ini.
Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sebelum upacara pemakaian mahkota ketika majlis Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Kerajaan ke atas kepala Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang merupakan upacara kemuncak Istiadat Kemahkotaan, sambil diperhati oleh Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Permaisuri kepada Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Permaisuri kepada Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan
Idris Shah mengaminkan doa, selepas peletakan Mahkota Kerajaan dan
Mahkota Permaisuri ke atas kepala Baginda berdua pada Istiadat
Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan
Idris Shah lengkap mengenakan Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri
beserta Kain Pelayang Diraja meninggalkan majlis Istiadat Kemahkotaan di
Istana Besar, hari ini, sebelum upacara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu untuk bertemu rakyat.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat keluar selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, sebelum acara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu bagi bertemu rakyat, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor ketika berangkat meninggalkan Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menuruni Tangga Agong sebelum acara perarakan sekitar bandar raya Johor Bahru selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar bagi bertemu rakyat.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menuruni Tangga Agong sebelum menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu bagi bertemu rakyat selepas Istiadat Kemahkotaan, di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu bagi bertemu rakyat selepas Istiadat Kemahkotaan, di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Bahru bagi bertemu rakyat, selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
Raja Zarith Sofiah Bergelar Permaisuri Johor
JOHOR BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali diperkenalkan di negeri ini.
Gelaran itu diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang turut dimahkotakan sebagai Sultan Johor Kelima dalam sejarah Johor Moden dalam istiadat gilang gemilang di Istana Besar.
Diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah Perak, Raja Zarith Sofiah merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin Almarhum Raja Ariff Shah.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Permaisuri kepada Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
Raja Zarith Sofiah melanjutkan pengajian di Cheltenham Ladies College, England sehingga tamat Tingkatan Enam sebelum meneruskan pengajian di Davies College, London pada tahun 1977.
Pada tahun berikutnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, Universiti Oxford dan memperoleh Ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1983.
Raja Zarith Sofiah merupakan ahli bahasa yang memilih pengajian bahasa Mandarin semasa di Oxford dan turut mempelajari bahasa lain termasuk Perancis dan Itali.
Baginda turut mewarisi bakat seni lukis daripada ayahanda baginda.
Baginda mendirikan rumah tangga dengan Sultan Ibrahim pada usia 23 tahun dan dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri.
Antara penglibatan baginda dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk menjadi Penaung Persatuan Cerebral Palsy Johor dan Penasihat Diraja Bulan Sabit Merah Malaysia.
Baginda turut menubuhkan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bagi mengutip dana untuk mengadakan pelbagai program pelajaran terutama pembelajaran secara Islam.
Baginda juga aktif dalam bidang penulisan dengan menghasilkan tulisan dan buku cerita kanak-kanak dan pernah menjadi penulis di sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
Sesungguhnya Permasuri Johor ini merupakan seorang yang peramah, berjiwa rakyat serta amat disenangi dan disanjungi rakyat.
-- BERNAMA, 23 Mac 2015
Istiadat Kemahkotaan Berlangsung Gilang Gemilang
Istiadat Kemahkotaan berlangsung di Istana Besar di sini.
Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkota sebagai Permaisuri Johor.
Istiadat turut dipancar secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan yang disaksikan bukan sahaja rakyat Johor tetapi seluruh negara.
Turut berangkat menyaksikan istiadat ialah bonda Sultan Ibrahim, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, kekanda dan adinda baginda, Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar dan Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar.
Putera-puteri baginda turut hadir termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam.
Turut menambah seri istiadat ialah keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha serta Raja-Raja Melayu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman turut hadir.
Sultan Ibrahim yang memakai uniform khas berwarna biru gelap yang dihiasai darjah kerabat dan darjah mahkota, manakala Raja Zarith Sofiah berbaju kurung Johor dengan warna yang sama, tiba di perkarangan Istana Besar pada pukul 9.35 pagi.
Sultan Ibrahim seterusnya menerima hormat diraja daripada pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Tangga Agong Istana Besar sebelum Lagu Bangsa Johor dimainkan.
Istiadat Kemahkotaan bermula pada pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah yang berpakaian kain pelayang diraja berwarna biru gelap ke Bilik Singgahsana.Lagu Bangsa Johor sekali lagi dikumandangkan sejurus keberangkatan masuk baginda berdua, disusuli Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tampil menghadap bagi menyembahkan permasyhuran pemakluman kemahkotaan.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli kemudiannya memohon perkenan supaya Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah dimahkotakan.
Sultan Ibrahim kemudiannya membaca lafaz ikrar, diikuti bacaan ayat 26 surah Al-Imran dan khutbah oleh Timbalan Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.
Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin seterusnya meletakkan Mahkota Kerajaan pada kepala Sultan Ibrahim diiringi selawat dan diikuti peletakan Mahkota Permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah.
Serentak dengan peletakan mahkota, bedilan meriam 21 das dilepaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia dengan diiringi Lagu Bangsa Johor serta disertai bacaan doa selamat oleh timbalan mufti.
Istiadat diteruskan dengan majlis Menghadap Takzim kepada baginda berdua bermula dengan Tunku Ismail, Che' Puan Khaleeda, putera dan puteri baginda, diikuti Tunku Aris Bendahara Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar dan isteri Tunku Teh Mazni Yusuf bagi mewakili para kerabat, disusuli Mohamed Khaled bagi mewakili kerajaan negeri serta Abdul Rahim mewakili Jumaah Majlis Diraja Johor.
Selesai acara Menghadap Takzim, lagu Bangsa Johor sekali lagi dikumandangkan, diikuti keberangkatan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Zarith Sofiah ke Anjung Istana bagi menerima lintas hormat udara.
Lintas hormat melibatkan tujuh helikopter jenis Eurocopter EC725, Super Lynx dan Agusta Loh A109, dengan tiga daripadanya membawa bendera Johor yang melepaskan asap berwarna putih, biru dan merah - melambangkan warna bendera Johor.
Selesai lintas hormat udara dan diikuti laungan 'Daulat Tuanku', Sultan Ibrahim dan Permaisuri Zarith Sofiah berangkat pula ke perarakan diraja di sekitar bandar raya ini.
Baginda berdua menaiki kereta Mercedes-Benz 600 untuk perjalanan sejauh 8.5 kilometer dari Istana Besar ke Istana Bukit Serene.
Kira-kira 40,000 orang rakyat teruja menyaksikan perarakan diraja yang menyamai perarakan berkenderaan semasa istiadat kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960.
-- BERNAMA, 23 Mac 2015
Kira-kira 40,000 orang rakyat teruja menyaksikan perarakan diraja yang menyamai perarakan berkenderaan semasa istiadat kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960.
-- BERNAMA, 23 Mac 2015
Langgan:
Catatan (Atom)