Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Isnin, 23 Mac 2015

Foto Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 23 Mac 2015 - Foto Bernama

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Empat daripada enam anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, (dari kiri) Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris dan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, ketika menghadiri Majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 23 Mac -- PUTERA DIRAJA... Tunku Aris Bendahara Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar (kiri) bersama lima putera Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, iaitu (dari dua,kiri) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, ketika Majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
 
 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini. 
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Sultan Abu Bakar dan Sultanah Kalsom Abdullah berangkat tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden, manakala Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Istana Besar untuk Istiadat Kemahkotaan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden di Istana Besar, pagi ini.
Raja Zarith Sofiah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor setibanya baginda pada Istiadat Kemahkotaan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor Moden di Istana Besar, pagi ini.
Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
 
JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sebelum upacara pemakaian mahkota ketika majlis Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Kerajaan ke atas kepala Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang merupakan upacara kemuncak Istiadat Kemahkotaan, sambil diperhati oleh Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Permaisuri kepada Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin meletakkan Mahkota Permaisuri kepada Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengaminkan doa, selepas peletakan Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri ke atas kepala Baginda berdua pada Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim sebagai Sultan Johor kelima di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah lengkap mengenakan Mahkota Kerajaan dan Mahkota Permaisuri beserta Kain Pelayang Diraja meninggalkan majlis Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini, sebelum upacara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu untuk bertemu rakyat.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat keluar selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, sebelum acara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu bagi bertemu rakyat, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerima tabik hormat daripada perbarisan kehormat Askar Timbalan Setia Negeri Johor ketika berangkat meninggalkan Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA


 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menuruni Tangga Agong sebelum acara perarakan sekitar bandar raya Johor Bahru selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar bagi bertemu rakyat.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menuruni Tangga Agong sebelum menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu bagi bertemu rakyat selepas Istiadat Kemahkotaan, di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Baharu bagi bertemu rakyat selepas Istiadat Kemahkotaan, di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 23 Mac -- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menaiki kenderaan rasmi untuk acara perarakan sekitar bandar raya Johor Bahru bagi bertemu rakyat, selepas Istiadat Kemahkotaan di Istana Besar, hari ini.
--fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan