Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Isnin, 16 Mac 2015

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor bermula



UPACARA menaikan bendera Diraja Johor, sempena Istiadat Letak Kerja sempena Kemhkotaan Sultan Johor di Istana Besar Johor Bahru yang disaksikan oleh Setiausaha Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli di Istana Besar Johor Bahru. - Foto Yazit Razali

JOHOR BAHRU: Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dimulakan dengan Istiadat Letak Kerja sebagai simbolik bermulanya sambutan berkenaan pada hari ini.

Majlis itu disempurnakan dengan istiadat menaikkan Bendera Diraja Johor di Tugu Peringatan Istana Besar, kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Upacara menaikkan bendera berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin sebelum disempurnakan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Datuk Penghulu Istiadat, Datuk Abdul Latif Yusuf ketika membacakan perisytiharan berkata, bendera Diraja Johor akan dikibarkan sepanjang Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kelima dan diturunkan semula pada 21 April depan.

Sebanyak tujuh das tembakan meriam dilepaskan sejurus bendera berkenaan dinaikkan.

Yang turut hadir dalam upacara itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan