Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Selasa, 17 Mac 2015

Perkhidmatan bas secara percuma untuk ke Istiadat Kemahkotaan

Kerajaan Negeri Johor akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma kepada orang ramai di daerah Johor Bahru untuk ke Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar,  Sultan Johor pada 23 Mac 2015 bermula jam 7.00 pagi di lokasi-lokasi berikut :-
  • Taman Desa Mutiara – Taman Setia Tropika – Dataran Bandaraya (Bas Handal Indah)
  • Terminal Johor Jaya – The Store Pandan – Pasar Borong Pandan – Shell Kg Dato Sulaiman Menteri – Wisma Maria (Bas Maju)
  • Stadium Larkin – Wisma Maria (Bas Maju)
  • Terminal Larkin –Taman Bukit Saujana – Wisma Maria (Bas Maju)
  • Terminal Bas Taman Universiti – Taman Sri Putri – Stesyen Minyak Petron / Taman Tun Aminah – Giant Tampoi – IRDA (Bas Handal Indah)
  • Taman Selesa Jaya – Giant Nusa Bestari – Taman Perling – IRDA (Bas Handal Indah)
  • Plaza Angsana – Bandar Baru Uda / Skudai Kiri – IRDA (Bas Handal Indah)
  • GP Sentral (Gelang Patah) – Taman Nusa Perintis –Perumahan Rakyat Iskandar – Lima Kedai – Taman Mutiara Rini – IRDA (Bas Handal Indah)
  • Terminal Pasir Gudang - Dewan Taman Cendana, Pasir Gudang – Terminal Masai – Plentong – Wisma Maria (Bas Maju)
  • Stadium Pasir Gudang – Perumahan Rakyat Iskandar – Flat Stulang / The Zone – Wisma Maria

Semua bas yang disediakan percuma mempunyai logo Kemahkotaan DYMM Sultan Johor.


- sumber Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor