Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Isnin, 23 Mac 2015

(Video) - Rangkuman Berita Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim - 23 Mac 2015

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pagi ini.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut hadir.

Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.


Kira-kira 40 ribu rakyat teruja menyaksikan perarakan diraja yang menyamai perarakan berkenderaan semasa istiadat kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 1960. Orang ramai mula membanjiri di hadapan pintu masuk Istana Besar seawal 7 pagi untuk menyaksikan upacara bersejarah itu.


Sempena istiadat Kemahkotaan baginda, Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan kepada 10 banduan yang menjalani hukuman mati atas pelbagai kesalahan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata... baginda juga berkenan memberi pengampunan dan pembebasan seorang banduan yang merupakan pesalah juvenil pada 2004 ketika disabitkan kesalahan membunuh selepas menghadap baginda di Istana Bukit Serene, Khamis lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan