Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Rabu, 4 Februari 2015

DYMM Permaisuri Johor Gelaran Baharu Suri DYMM Sultan Johor



Gelaran rasmi DYMM Raja Zarith Sofiah selepas kemahkotaan, adalah seperti berikut :

Gelaran Rasmi
Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Permaisuri Johor


Boleh diringkaskan kepada :
Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Permaisuri Johor

atau dalam keadaan tertentu
Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor atau DYMM Permaisuri Johor

DYMM Permaisuri Johor pula dibahasakan Tuanku Permaisuri dalam persuratan dan pertuturan.

Sebelum ini, gelaran rasmi bagi suri DYMM Sultan Johor terdahulu ialah Sultanah.

Terdapat juga gelaran Tengku Ampuan Johor yang dikurniakan DYMM Almarhum Sultan Ibrahim kepada suri baginda iaitu Almarhumah Tunku Ampuan Maimunah binti Almarhum Ungku Abdul Majid di mana gelaran tersebut merupakan gelaran pertama dan terakhir dikurniakan kepada suri DYMM Sultan Johor. Selepas kemangkatan Almarhumah Tunku Ampuan Maimunah pada 1909, gelaran Tengku Ampuan Johor tidak lagi digunakan sehingga kini.

Manakala suri Almarhum Sultan Abu Bakar yang sebelum ini digelar Maharani iaitu Maharani Fatimah telah dikurniakan gelaran Sultanah Fatimah dan merupakan suri DYMM Sultan Johor pertama dikurniakan gelaran Sultanah.

Kali terakhir gelaran Sultanah digunakan ialah kepada Sultanah Hajah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad yang kini bergelar Yang Amat Mulia Tunku Puan Zanariah Iskandar.