Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Sabtu, 21 Mac 2015

Foto Istiadat Siram Tabal Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim - Foto Bernama

JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menghadiri Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
Turut kelihatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
 
JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersemayam di atas Panca Persada selepas upacara Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
 
JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menerima siraman air yang diambil dari 10 sungai di 10 daerah negeri ini oleh Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar (tengah) pada Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersemayam di atas Panca Persada selepas upacara Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
Turut kelihatan Tunku Puteri Johor Tunku Kamariah Sultan Iskandar (kiri belakang).
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah meninggalkan Panca Persada tempat bersiram selepas Istiadat Siram Tabal di Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.

Istiadat Siram Tabal disempurnakan oleh Tunku Kamariah dengan menyiram air yang diambil dari 10 sungai di 10 daerah di negeri ini.
--fotoBERNAMA(2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Hajah Khalsom (kanan), diiringi oleh Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar (dua kanan) dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri),selepas Istiadat Siram Tabal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

 JOHOR BAHARU, 21 Mac -- Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isterinya, Datin Seri Rosni Omar hadir pada Istiadat Siram Tabal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar hari ini.
-- fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

-sumber Foto Bernama