Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Khamis, 19 Mac 2015

(Video) - Johor Isytihar 23 Mac Cuti Kelepasan Am Negeri Setiap Tahun - Buletin Utama TV3 (19 Mac 2015)


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk meminda Hari Keputeraan baginda daripada 22 November kepada 23 Mac.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, pindaan itu berkuatkuasa tahun hadapan.
Beliau berkata demikian kepada media di bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru siang tadi.

Menurut Datuk Ismail, keputusan itu telah diwartakan ke semua jabatan dan agensi kerajaan.

Sejak 2010, rakyat Johor bercuti pada 22 November setiap tahun yang diisytiharkan sebagai Hari Keputeraan Sultan Johor.

Pindaan hari keputeraan ini adalah kali kedua dibuat selepas kali pertama dilakukan pada 2010 apabila ia dipinda dari 8 April kepada 22 November.