Siaran Langsung Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor Pada 23 Mac 2015

Ahad, 25 Januari 2015

Berkenan Mengadakan Majlis Perjumpaan Dengan DYMM Sultan Johor Darul Ta'zim

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa berkenan mengadakan Majlis Perjumpaan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Ta'zim. (Foto: Hamzah Mohiddin)


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Majlis Perjumpaan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Ta'zim.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia semasa menerima pesambah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar,  Sultan Johor Darul Ta'zim. (Foto : Hamzah Mohiddin) 
Semasa Majlis Perjumpaan tersebut, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga berkenan menerima undangan daripada DYMM Sultan Johor Darul Ta'zim bagi berangkat menghadiri Majlis Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Kelima yang akan dilangsungkan di Istana Besar Johor pada 23 Mac 2015.

Hadir dalam majlis tersebut ialah Rombongan DYMM Sultan Johor Darul Ta'zim, terdiri daripada Yang Di-Pertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahim bin Ramli; Setiausaha Kerajaan Johor, Yang Berhormat Dato' Haji Ismail bin Karim; Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Yang Berhormat Dato' Haji Nooh bin Gadot dan Setiausaha Sulit, Haji Jaba bin Mohd. Noah.


Turut berangkat dan hadir dalam majlis itu ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar dan Setiausaha Tetap JPM, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos.

Majlis tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman, petang tadi.

(sumber : Pelita Brunei)